PENGENALAN
Jabatan Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa (JPePA) telah ditukar nama pada 02 Mac 2021 ke Jabatan Pembangunan Pelancongan Bandaraya (JPPB) di bawah Sektor Perancangan dan Pembangunan. Pada 22 Januari 2024, nama jabatan ini ditukar semula kepada Jabatan Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa dan diletakkan di bawah Sektor Pengurusan.

FUNGSI JPPB

  1. Merancang dan menyelaras aktiviti pelancongan di dalam dan di luar Bandaraya
  2. Memantau fasiliti dan infrastruktur tempat-tempat tumpuan pelancongan di dalam dan di luar Bandaraya
  3. Menyediakan dan menggiatkan lagi usaha untuk mempromosi Bandaraya Kota Kinabalu