PIAGAM PELANGGAN


Kami seluruh warga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan
;

 

ADUAN AWAM

  • Memproses dan menyampaikan Aduan Awam kepada Jabatan yang berkenaan dan memberikan makluman balas serta-merta atau tidak melebihi lima (5)hari.
  • Segala aduan dan permohonan akan disiasat, dilapor dan akan diberi maklumbalas serta-merta atau tidak melebihi lima (5) hari.
  • Menyelesaikan Aduan Awam dalam tempoh yang munasabah.

 

PERKHIDMATAN KAUNTER / CUKAI TAKSIRAN / PEMBAYARAN

  • Memberi layanan yang mesra dan bersopan kepada pelanggan di Kaunter Pembayaran dengan purata maksimum empat (4) minit bagi setiap transaksi bagi seorang pelanggan membayar bil.
  • Menyampaikan Bil Cukai Kadaran kepada semua pemilik harta mengikut jadual, iaitu tidak lewat dari minggu ketiga bulan Januari, April, Julai dan Oktober untuk dijelaskan.
  • Bayaran tuntutan DBKK kepada Kontraktor akan diproses dan cek disiapkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh sesuatu Inbois atau Bil diluluskan untuk dibayar tertakluk kepada peraturan kewangan dipatuhi.

 

PERMOHONAN LESEN / PERMOHONAN AWAM

  • Memastikan setiap permohonan yang diterima adalah LENGKAP.
  • Permohonan yang telah MEMATUHI SYARAT-SYARAT LESEN akan diproses dalam tempoh yang ditetapkan mengikut kategori seperti berikut:
  JENIS LESEN TEMPOH
    BARU PEMBAHARUAN
1) Lesen Berniaga yang memerlukan pemeriksaan premis 5 hari serta merta
2) Lesen Berniaga yang tidak memerlukan pemeriksaan premis 1 jam serta merta
3) Lesen DBKK 5 hari serta merta
4) Penukaran Butiran Lesen Berniaga (Borang C) yang melibatkan pemeriksaan premis 5 hari -
5) Penukaran Butiran Lesen Berniaga (Borang C) yang tidak melibatkan pemeriksaan premis 1 jam -
6) Lesen Iklan 3 hari serta merta
7) Lesen Penjaja 30 hari serta merta
8)

Lesen Minuman Keras yang telah memenuhi syarat lesen;

  • Permohonan telah diputuskan di dalam Mesyuarat Lembaga Pelesenan dan Eksais Bahagian Pantai Barat
  • Mendapat ulasan bertulis pihak Polis dan Kastam
  • Membuat pembayaran lesen ke atas permohonan yang telah diluluskan
14 hari 14 hari
  • Memastikan mesyuarat di bawah tanggungjawab Jabatan Pelesenan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut;

 

No JAWATANKUASA KEKERAPAN
1) Jawatankuasa Permohonan Iklan 1 bulan sekali (Bergantung kepada penerimaan permohonan)
  • Mengambil tindakan ke atas aduan dan memberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Menyediakan perkhidmatan kaunter yang CEPAT, MUDAH dan MESRA

 

KEBERSIHAN / KESIHATAN

 

  • Membuat penggredan Kedai Kopi, Kedai Makan, Restoran dan Hotel dalam masa setahun sekali.
  • Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas setiap kes penyakit bawaan Vektor dalam masa dua (2) hari dari tempoh penerimaan laporan.
  • Memastikan pembersihan sampah mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut;

Ÿ Kawasan Perumahan : Tiga (3) kali seminggu

Ÿ Lagun : Setiap Hari

Ÿ Kawasan Komersial : Setiap Hari

 

LANDSKAP

  • Memastikan aduan-aduan awam diambil tindakan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.
  • Memastikan permohonan pelan landskap akan diproses dan diberikan jawapan dalam tempoh tidak melebih 2 minggu dari tarikh permohonan.
  • Memastikan permohonan penggunaan kawasan lapang dan taman-taman awam diproses dan diberikan jawapan dalam tempoh (7) hari.
  • Memastikan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dilaksanakan dengan segera dalam tempoh 24 jam.
  • Memastikan penyelenggaraan landskap dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
  • Memastikan pemotongan rumput dilaksanakan sekali dalam sebulan.
  • Memastikan penyelenggaraan parit dilaksanakan sekurang-kurangya sekali dalam setiap tiga (3) bulan.
  • Memastikan penyelenggaraan taman-taman awam dilaksanakan dalam setiap hari.

 

 

PELAN PEMBANGUNAN / PELAN BANGUNAN / SIJIL MENDUDUKI

 

  • Memastikan semua pelan yang diterima, lengkap dan memenuhi syarat akan diproses dan diberi keputusan seperti jadual berikut;

Ÿ Pelan Pembangunan : Tiga (3) bulan

Ÿ Pelan Bangunan : Dua (2) bulan

Ÿ Sijil Menduduki Bangunan : Satu (1) bulan

 

TENDER & SEBUTHARGA

 

  • Memproses penjualan Dokumen Tender dan Sebutharga selama 15 hingga 30 minit.
  • Mengeluarkan iklan Notis Tender dan Sebutharga selepas menerima dokumen-dokumen yang teratur dan lengkap berdasarkan tempoh perlawaan tawaran seperti berikut;

Ÿ Tender ditetapkan tidak kurang dari dua puluh satu (21) hari.

Ÿ Sebutharga di antara tujuh (7) hingga sepuluh (10) hari.

Ÿ Kerja-kerja yang disenaraikan dalam kerja-kerja kecemasan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam

  • Mempamerkan keputusan Lembaga Tawaran dan Jawatankuasa Sebutharga di Papan Kenyataan satu (1) minggu selepas surat-surat tawaran dikeluarkan.

 

PENILAIAN HARTA

 

  • Menyediakan permohonan Pecahan Nilai Tahunan dalam masa satu (1) minggu dari tarikh permohonan sekiranya memenuhi syarat.
  • Tempoh penilaian ke atas hartanah yang baru (yang mempunyai maklumat lengkap) menerima Sijil Menduduki (Occupation Certificate O.C), serta tanah kosong adalah seperti berikut:

Ÿ Tanah Kosong : 7 hari bekerja dari tarikh lawat periksa

Ÿ Hartanah Kediaman : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa

Ÿ Hartanah Komersial : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa

Ÿ Hartanah Perindustrian : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa

  • Membuat pengesahan setiap Memorandum yang memenuhi syarat seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 98, Ordinan Kepajaan Tempatan 1961(Pindaan 2000) dalam masa tidak lebih daripada lima belas (15) minit.

 

PENGURUSAN HARTA

 

  • Memberi maklum balas semua urusan penyewaan rumah / harta DBKK dijawab dalam tempoh berikut;

Ÿ Perumahan ERHP : Dua (2) minggu dari tarikh permohonan

Ÿ Komersial : Satu (1) bulan

  • Melaksanakan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali (1) kali setahun ke atas semua harta DBKK.

 

PERUNDANGAN

 

  • Menyediakan deraf pertama perundangan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh arahan diterima, sekiranya maklumat yang diterima adalah lengkap.
  • Memberikan maklum balas/ komen/ nasihat perundangan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat atau memo diterima.
  • Menyediakan draf pertama perjanjian kontrak dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh arahan diterima, sekiranya terma-terma perjanjian telah dipersetujui dan maklumat yang diterima adalah lengkap.
  • Memfailkan kes ke mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kertas siasatan/dokumen yang lengkap diterima.
  • Memfailkan kes ke Mahkamah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kelulusan dan arahan Mayor diterima.

 

PERANCANGAN BANDARAYA

  • Memastikan Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan) dikaji semula dalam tempoh lima (5) tahun sekali.
  • Memastikan semua permohonan kebenaran merancang diproses dan diambil tindakan dalam tempoh 90 hari bekerja.
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandaraya.
  • Memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan disampaikan dengan penuh mesra dan efisien dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  • Permohonan pembelian pelan zon guna tanah dalam tempoh satu (1) hari bekerja.