PENGENALAN

Jabatan Kejuruteraan merupakan salah satu jabatan yang diletakkan di bawah Sektor Perancangan dan Pembangunan.  Pada tahun 2017, struktur organisasi Jabatan telah dikemaskini bagi memastikan sistem penyampaian dilaksanakan dengan lebih teratur. Peranan dan bidang tanggungjawab Jabatan Kejuruteraan dilaksanakan melalui fungsi setiap bahagian yang berikut:-

1) Bahagian Saliran

2) Bahagian Struktur & Geoteknik

3) Bahagian Penyelenggaraan Bangunan & Fasiliti Awam

4) Bahagian Kerja Tanah

5) Bahagian Pembetungan & Pengurusan Sisa Pepejal

6) Bahagian Mekanikal & Elektrikal

7) Bahagian Bengkel

8) Bahagian Pentadbiran

 

FUNGSI JABATAN

  1. Perancangan & Kawalan Pembangunan
  • Memproses pelan-pelan kejuruteraan (Kerja Tanah, Sistem Saliran Dan Sistem Pembentungan), Pelan Kerja Awam (Civil Works), Pelan-Pelan Rekabentuk Struktur (Bangunan Dan Tembok Penahan) Dan Pelan-Pelan M&E (Lampu Jalan, Sistem Perpaipan dan lain-lain)
  • Memproses permohonan Sijil Perakuan Kerja Siap bagi kerja-kerjaInfrastruktur / Awam, Struktur dan M&E di dalam sesuatu projek pembangunan
  • Mengurus aduan-aduan awam berhubung isu-isu kejuruteraan / infrastruktur yangberkaitan
  • Mewujudkan dan mengkaji semula,mengikut keperluan semasa,  semua garispanduan, polisi, dasar, peraturan dan undang-undang kecil yang berkaitan
  1. Pembangunan & Penyelenggaraan Aset / Infrastruktur
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur di bawah seliaan jabatan, termasuk bangunan-bangunan dan aset-aset DBKK yang berkaitan
  • Mengurus dan menyelenggarakenderaan-kenderaan rasmi DBKK berpandukan surat pekeliling yang berkuatkuasa
  • Menyelaras dan mengawal penggunaan bajet jabatan termasuk sumber peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan, untuk program pembangunan dan penyelenggaraan
  1. Pentadbiran & Pengurusan
  • Menambahbaik dan mengkaji semula mengikut keperluan semasa dan kesesuaian Misi, Visi, Objektif, Fungsi Dan Piagam Pelanggan jabatan termasuk penugasan dan penempatan anggota di semua bahagian di dalam jabatan
  • Mengendali dan mengurus semua surat-menyurat dan dokumen rasmi jabatan termasuk laporan, kajian, pelan dan sebagainya selaras dengan garispanduan, piawaian serta keperluan peraturan dan pekeliling perkhidmatan yang berkuatkuasa
  • Mengurus pusat rekod dan penyimpanan semua dokumen rasmi yangberkaitan



OBJEKTIF JABATAN

  • Memastikan pemprosesan pelan-pelan kejuruteraan, pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan, pengendalian aduan awam serta khidmat pengurusan dan teknikal berkaitan yang efisien dan efektif.
  • Memastikan perancangan dan pembangunan infrastruktur yang mesra alam dan memfokuskepada konsep teknologi hijau .
  • Bekerjasama dengan jabatan / agensi kerajaan / swasta berkaitan dalam aspek kawalan kerja tanah, pengurusan sistem saliran, pembetungan dan sisa pepejal serta pembangunan di kawasan berisiko tinggi berpandukan undang-undang, dasar dan polisi Kerajaan yang berkuatkuasa.
  • Menyokong dan membantu jabatan / bahagian / unit dalaman berhubung hal-hal pengurusan dan teknikal yang berkaitan

 

VISI JABATAN

Menjadi Jabatan Teknikal yang Responsif, Proaktif dan Inovatif dalam aspek Pengurusan, Perancangan dan Pembangunan


MISI JABATAN

Memastikan Perancangan dan Pembangunan Infrastruktur yang mampan serta menyediakan khidmat pengurusan dan teknikal yang mesra pelanggan dan berkualiti tinggi

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN

Jabatan ini secara profesional komited memberikan perkhidmatan yang cekap, efisien dan mesra pelanggan berdasarkan piawaian berikut :

  • Memproses, memberi ulasan dan maklum balas ke atas pelan-pelan kejuruteraan / infrastruktur, pelan kerja awam, pelan-pelan rekabentuk struktur dan pelan M & Eyang dikemukakan dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
  • Memperakui / mendaftar pelan-pelan kejuruteraan / infrastruktur, pelan kerja awam, pelan-pelan rekabentuk struktur dan pelan M & Edalam tempoh 10 hari bekerja selepas semua syarat dan keperluan pengendorsan / pendaftaran dipenuhi
  • Memproses dan memberi maklumbalas ke atas permohonan Sijil Perakuan Kerja Siap bagi kerja kejuruteraan / infrastruktur, struktur dan M&E di dalam sesuatu projek pembangunan dalam tempoh 10hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima dan memperakui / mengendors Sijil Perakuan Kerja Siap berkenaan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas semua syarat dan keperluan berkaitan dipenuhi
  • Memberi maklum balas awal ke atas aduan-aduan awam berhubung isu-isu kejuruteraan / infrastruktur berkaitan dalam tempoh 48 jamdan memberi maklum balas mengenai status pelaksanaan / tindakan ke atas aduan-aduan berkenaan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan aduan


BAHAGIAN SALIRAN

  • Penyelenggaraan terhadap sistem saliran dan slab dalam bidangkuasa DBKK;
  • Memproses pelan-pelan saliran yang dikemukakan kepada DBKK oleh konsultant untuk sesuatu pembangunan;
  • Menangani aduan awam berhubung saliran, slab dan masalah-masalah yang berkaitan;
  • Menyelaras / mempengerusi beberapa mesyuarat berkaitan saliran yang memerlukan kehadiran daripada jabatan lain, seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, dsb., berhubung masalah-masalah yang berikut-
  1. Banjir kilat;
  2. Penyelarasan pengemukaan pelan saliran bagi kawasan yang berpotensi mengalami masalah.
  3. Bekerjasama ke arah pelan strategik Pengurusan Ribut (Storm Management)bersama-sama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk bandaraya Kota Kinabalu.


BAHAGIAN STRUKTUR DAN GEOTEKNIK

  • Memproses pengemukaan pelan rekabentuk struktur (bangunan, loji rawatan kumbahan dan tembok penahan) untuk endorsmen;
  • Menjalankan pemeriksaan pengesahan siap kerja struktur bangunan dan tembok penahan untuk tujuan pengeluaran Sijil Layak Menduduki (C.)
  • Menangani aduan awam melalui sistem EIMS;


BAHAGIAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN FASILITI AWAM

  • Menyelenggara kesemua kemudahan dan perkhidmatan awam DBKK seperti Dewan Serbaguna, Pasar, Tandas Awam, Taman-taman, Padang, Astaka, gerai-gerai dan pintu-pintu gerbang berdasarkan perkara-perkara yang berikut:-
  1. Pelaksanaan kerja-kerja membaiki dan mengecat;
  2. Pelaksanaan kerja-kerja perpaipan dan kimpalan;
  3. Merancang pembaikan dan menyediakan perbelanjaan untuk kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf;
  4. Menyediakan sebutharga/tender untuk kerja-kerja pembaikan / pengubahsuaian / membaikpulih;
  • Merancang kerja-kerja menaiktaraf ruang pejabat atau pembangunan bangunan pejabat DBKK;
  • Mengurus, menyelaras dan menyelia pelaksanaan projek-projek menaiktaraf dan penyelenggaraan berkaitan melalui sumber pembiayaan DBKK, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan;
  • Menyediakan input teknikal dan penyeliaan untuk semua aktiviti perayaan, majlis dan acara yang melibatkan DBKK.
  • Menangani aduan awam melalui sistem EIMS;

 

BAHAGIAN KERJA TANAH

  • Pemprosesan pelan kerja tanah;
  • Menjalankan pemeriksaan terhadap aktiviti kerja tanah bagi cadangan pembangunan perumahan baru dan kawasan komersil;
  • Menjalankan pemeriksaan terhadap aktiviti kerja tanah tanpa kelulusan dan mengeluarkan kompaun;
  • Menangani aduan awam terhadap masalah-masalah kerja tanah melalui sistem EIMS;


BAHAGIAN PEMBETUNGAN DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Sistem Pembetungan

  • Memproses pelan pembetungan dan cadangan loji rawatan kumbahan untuk kelulusan;
  • Mengurus sistem operasi pembetungan (saluran pembetungan dan loji rawatan kumbahan) termasuk kerja-kerja menaiktaraf;
  • Pelaksanaan projek-projek berkaitan pembetungan (naiktaraf dan perancangan) dalam bidangkuasa DBKK;
  • Memeriksa dan mengesahkan kerja-kerja pembinaan loji rawatan kumbahan, sama ada telah siap dibina bagi sesebuah pembangunan bagi membolehkan pengeluaran sijil menduduki.
  • Menangani aduan awam melalui sistem EIMS;

Pengurusan & Rawatan Sisa Kumbahan

  • Mengurus, memantau dan menyimpan rekod bagi kenderaan yang masuk, pemilik dan jenis bahan buangan yang dibuang ke pelupusan sampah Kayu Madang;
  • Mengesahkan tuntutan pihak konsultant dan kontraktor berhubung kerja-kerja di pelupusan sampah dan menyediakan sijil/baucar pembayaran;
  • Memantau pembuangan haram di luar kawasan pelupusan sampah dan memantau aktiviti kitar semula haram dan pemungut sampah (scavengers);
  • Memantau kualiti cecair buangan kawasan pelupusan sampah dan hasil data ujian yang dilaksanakan oleh Jabatan Kimia dikemukakan ke Jabatan Alam Sekitar untuk rekod;
  • Meninjau teknologi baru dan mencari sumber bantuan kewangan bagi menaiktaraf kawasan sedia ada atau membangunkan kawasan baru untuk loji rawatan sisa kumbahan;
  • Merancang belanjawan untuk mewujudkan pengurusan operasi yang teratur di kawasan pelupusan sampah bagi mencapai standard cecair kumbahan yang dikehendaki dan juga tahap perkhidmatan yang memuaskan.


BAHAGIAN M & E

  • Memproses pengemukaan pelan / lukisan mekanikal dan elektrikal;
  • Menyelenggara perkhidmatan mekanikal dan elektrikal untuk harta milik DBKK, iaitu sistem telekomukasi, kuasa elektrik, sistem penghawa dingin, pam air, kipas hembusan dalam lif dan audio-visual;
  • Mengurus operasi lampu awam, iaitu lampu jalan, lampu kompaun, lampu gelanggang bola keranjang dan badminton, lampu hiasan dan warna warni serta lampu sorot (lampu yang mengeluarkan cahaya terang bagi tujuan menyuluh pentas dan bangunan);
  • Pelaksanaan projek-projek berkaitan dengan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal, iaitu menyediakan sebutharga / tender;
  • Memeriksa dan menyediakan laporan terhadap kerja-kerja mekanikal dan elektrikal untuk kawasan perumahan baru, bangunan komersil untuk tujuan pengeluaran sijil menduduki.
  • Menangani aduan awam melalui sistem EIMS.


BAHAGIAN BENGKEL

  • Penyelenggaraan semua kenderaan DBKK;
  • Penyelenggaraan semua peralatan mekanikal DBKK seperti enjin bot, dan menyelenggara peralatan di Pelupusan Sampah Kayu Madang, dsb;
  • Pengurusan Kenderaan DBKK dari segi perolehan dan penyewaan/peminjaman (jika perlu).
  • Pengurusan pengagihan minyak kenderaan.


UNIT PENTADBIRAN AM

  • Pengurusan rekod, penerimaan surat / dokumen dan pengagihan, salinan pendua, penyediaan surat-surat rasmi dan lain-lain kerja pentadbiran yang berkaitan;
  • Memantau rekod-rekod fail dan stor penyimpanan fail-fail;
  • Pengurusan inventori alat-alat tulis dan peralatan pejabat;
  • Pengurusan pelupusan perabot lama/usang setelah di audit oleh Lembaga Pemeriksa;
  • Pengurusan penggunaan dan rekod tempahan bagi kenderaan Jabatan.