NO TELEFON PEJABAT  : 088-232280

NO FAX JABATAN  : 088-246815


PENGENALAN

Bahagian Pengangkutan dan Trafik telah diwujudkan pada Jun 2012 dengan mengabungkan Unit Trafik dari Jabatan Perancangan Bandaraya dan Unit Jalanraya dari Jabatan Kejuruteraan. Pada 1hb Ogos 2014, Bahagian Pengangkutan dan Trafik telah di naiktaraf menjadi Jabatan Pengangkutan dan Trafik. Penaikan taraf bahagian ini selaras dengan pemantapan Bahagian Pengangkutan dan Trafik dalam aspek akauntabiliti dan tenaga kerja sesuai dengan bebanan dan tanggungjawab Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dalam menangani isu-isu sistem pengangkutan Bandar yang semakin kritikal.

VISI

Mewujudkan sistem pengangkutan Bandar yang efisien, mesra pengguna dan moden

MISI

Merancang dan membina kemudahan awam pengangkutan yang selesa dan mesra pengguna serta berkerjasama dengan agensi berkenaan untuk menguruskan lalulintas bandar raya dengan efisien untuk keselesaan warga kota.


OBJEKTIF

  1. Merancang dan mewujudkan sistem rangkaian pengangkutan awam yang lengkap dan rangkaian jangkauan ke semua kawasan bandaraya.
  2. Menyediakan kemudahan awam pengangkutan Bandar yang selamat dan mesra pengguna.
  3. Mengurus lalulintas serta penggunaan ruang jalanraya dalam jagaandewan bandaraya kota kinabalu secara optimum.
  4. Mempertingkatkan tahap keselamatan jalanraya kepada semua pengguna jalanraya dan penduduk setempat


FUNGSI JABATAN PENGANGKUTAN DAN TRAFIK

  1. Merancang, merekabentuk, membina dan menyelenggara kemudahan pengangkutan awam seperti Perhentian Bas/Teksi meliputi perancangan dan pembinaan stesen/terminal bas.
  2. Berkerjasama dengan agensi berkenaan dalam merancang laluan perkhidmatan bas dalam bandaraya.
  3. Menyedia polisi berhubung pengurusan tempat letak kereta dalam bandaraya kearah pengurusan yang mapan.
  4. Memeriksa dan memproses permohonan cadangan ‘Traffic Site Plan’ dan ‘Traffic Impact Assessment’ yang dikemukakan akibat daripada impak dari cadangan Pembangunan.
  5. Memeriksa dan memproses permohonan pelan Jalanraya.
  6. Memproses permohonan izinlalu penggunaan ruang jalan dan tempat letak kereta.
  7. Memproses permohonan penutupan jalan.
  8. Membuat audit jalan untuk keselamatan jalan dan pengesanan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
  9. Memantau Konsesi Jalan yang dilantik oleh kerajaan dalam penyelengaraan jalanraya dalam jagaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
  10. Menyelenggara jalan-jalan dalam jagaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang tidak termasuk dalam senarai penyelenggaraan konsesi jalan.
  11. Mendaftar jalan-jalan baru dalam jagaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ke dalam daftar Sarris /Marris.
  12. Merancang, merekabentuk, membina dan melaksanakan pengurusan lalulintas yang merangkumi perlaksanaan rangkaian aliran lalulintas kenderaan dan pejalan kaki, sistem papantanda dan tanda garisan jalan, peralatan keselamatan dan perabot jalan.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN JALANRAYA & LALULINTAS

Unit Pengurusan Jalanraya & Lalulintas

  • Proses kelulusan Pelan Jalanraya.
  • Proses permit penutupan sementara jalan awam.
  • Pemantauan konsesi penyelenggaraan jalanraya.
  • Penyelenggaraan jalanraya diluar jagaan konsesi.
  • Penyelenggaraan dan Pemasangan tanda jalan dan papan tanda jalan.
  • Pembinaan Bonggol Jalan (Traffic Calming Device) dan Perabut jalan.
  • Penyediaan kemudahan letak kereta kawasan komersial & perumahan.
  • Menangani aduan-aduan berhubung jalanraya dan halangan lalulintas
  • Mengemaskini EIMS mengenai jalanraya dan lalulintas.
  • Pemantauan dan pengesanan kesesakan.

Unit Keselamatan Jalanraya

  • Audit Jalan (Memeriksa, menyedia laporan dan tindakan pembetulan)
  • penguatkuasaan pemasangan barrier tanpa kelulusan dan pembinaan jalan keluar/ramp tanpa kelulusan.
  • penguatkuasaan pemasangan papan tanda yang menutupi jarak pemandangan trafik.
  • penguatkuasaan pemasangan papan tanda atau struktur yang merbahaya.
  • Perlaksanaan Skim Keselamatan Jalanraya.

 

BAHAGIAN PERANCANGAN & PERLAKSANAAN PENGANGKUTAN BANDAR

Unit Perancangan Pengangkutan Bandar

  • Perancangan dan penyediaan Pelan Induk Pengangkutan AwamBandaraya Kota Kinabalu.
  • Merancang dan menyedia sistem maklumat pengangkutan bandar.
  • Proses kelulusan Laporan impak trafik (TIA & TSP)
  • Kajian rangkaian dan kapasiti jalan (roadnetwork &Traffic Monitoring) untuk penambahbaikan sistem rangkaian jalan dan lalulintas.
  • Perancangan dan Polisi Sistem tempat letak kereta ( on street dan off street)
  • kemudahan Tempat letak motorsikal.
  • Petak letak kenderaan OKU.
  • Pengumpulan & penganalisan keberkesanan pengurusan tempat letak kereta.

Unit Perlaksanaan & Penyelenggaraan Pengangkutan Bandar

  • Melaksana dan memantau projek-projek kemudahan infrastruktur pengangkutan awam seperti Terminal / stesen Bas, stesen teksi , stesen transit.
  • Pembinaan dan penyelenggaran perhentian bas.
  • Pemasangan dan pemantauan sistem maklumat pengangkutan Bandar (i.epaparan maklumat parking, paparan maklumat arah tempat, Sistem ITS)
  • Penyediaan rangkaian pejalan kaki termasuk struktur beratap.
  • Pembinaan Pondok Berteduh untuk sekolah-sekolah.
  • Penyelenggaraan kemudahan Sediada.

 

UNIT PENTADBIRAN

  • Mengendali urusan pentadbiran Jabatan meliputi hal-ehwal anggota perjawatan dan tatatertib.
  • Memantau dan mengawal vot kewangan jabatan.
  • Mengurus penggunaan dan kawalan kenderaan jabatan.
  • Mengurus surat masuk dan keluar.
  • Mengendali sistem pemfailan.