LESEN BERNIAGA DAN LESEN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

Apakah lesen berniaga dan Lesen Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
· Lesen Berniaga adalah lesen yang dikeluarkan di bawah Ordinan Lesen Perniagaan, 1948, cap 144. yang melesenkan semua jenis perniagaan.
· Lesen Dewan Bandaraya Kota Kinabalu adalah seperti berikut:
· Lesen di bawah Undang-Undang Kecil Bandaraya Kota Kinabalu :
· Undang-Undang Kecil (Premis Makanan)Kota Kinabalu, 1966
· Undang-Undang Kecil (Pendandan Rambut) Kota Kinabalu, 1966
· Undang-Undang Kecil (Dobi) Kota Kinabalu, 1966
· Undang-Undang Kecil (Offensive Trade)1966
· Undang-Undang Kecil (Pub and Bar Lounge) 1984
· Undang-Undang Kecil (Hotels and Lodging Houses) 1966
· Undang-Undang Kecil ( Iklan) 1983
· Polisi DBKK: 01/2009 Permit Kakilima dan ruang legar
· Lesen di bawah Ordinan Petroleum,1960
· Lesen di bawah Ordinan Hiburan Awam,1958

Bagaimana untuk memohon
· Dapatkan khidmat nasihat awal: Hubungi kami di talian :088-521800

· Lengkapkan Borang Permohonan Lesen
· Lengkapkan semua dokumen sokongan
Permohonan akan ditolak sekiranya tidak lengkap.
· Kemukakan permohonan

Kemukakan permohonan kepada perkhidmatan kaunter permohonan lesen di:

JABATAN PELESENAN, DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
Tingkat bawah, Bangunan Ibu pejabat DBKK
No.1, Jalan Bandaran
88675 KOTA KINABALU

Pertukaran butiran lesen
Sebarang permohonan penukaran butiran lesen, hendaklah melengkapkan Borang C – Permohonan Pertukaran Butiran Lesen, dengan bayaran sebanyak RM12.00

Pembaharuan Lesen
· Pembaharuan Lesen Berniaga boleh dibuat bermula bulan November dengan membawa lesen asal.

Borang Permohonan Lesen
· Borang Permohonan Untuk Lesen Berniaga(Seksyen 5) Ordinan Lesen Perniagaan, 1948
· Borang Permohonan Lesen Dibawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
· Borang Permohonan Lesen Iklan, Jadual Kedua Undang-Undang Kecil (Iklan Bandaraya Kota Kinabalu) 1983
· Borang Permohonan Lesen Ordinan Hiburan Awam 1958 (Kaedah-kaedah hiburan awam 2009) Jadual Pertama, Borang A [Subkaedah 3(1)]
· Borang Permohonan Permit Penggunaan Kakilima dan Ruang Legar Pejalan kaki
· Borang Permohonan Pertukaran Butiran lesen Dibawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
· Borang “Notice Of Change In Particulars” The Trade Licensing Ordinance, 1948, Form C.