Dokumen yang diperlukan

  • Surat permohonan yang menunjukkan ‘letter head’ asal dan no.Rujukan serta cadangan pembinaan.
     
  • Satu salinan surat hakmilik tanah atau geran tanah yang disahkan benar oleh pesuruhjaya sumpah atau Jaksa Pendamai
     
  • Satu salinan mana-mana dokumen yang sah seperti surat kuasa/perjanjian jual beli/perjanjian sewa sekiranya pemilik berlainan dari nama yang disenaraikan dalam surat hakmilik tanah/geran tanah.
     
  • 6 set pelan bangunan yang disusun dan dilipat dengan teratur dalam ukuran A4 yang disediakan oleh perunding bertauliah (i.e arkitek/jurutera dan pelukis pelan yang berdaftar mengikut had masing-masing).
Keperluan am maklumat dalam pelan
 
1. Tajuk pelan hendaklah mengandungi perkara berikut:
 
  • Jenis bangunan
     
  • Jumlah unit
     
  • Jumlah tingkat
     
  • No.lot/geran tanah
     
  • Nama jalan
     
  • Nama seksyen
     
  • Nama pemilik dan syarikat
     
  • Menunjukkan dengan jelas alamat pemilik bangunan
 2. Pelan bangunan hendaklah lengkap mengandungi maklumat seperti berikut:
 
  • Pelan lokasi dan pelan tapak yang jelas dengan skel tidak kurang dari 1:1000 atau lebih besar yang sesuai. Nama jalan yang menuju ke cadangan tapak hendaklah ditujukkan dalam pelan lokasi
     
  • Pelan lantai, pandangan tegak (hadapan, belakang dan sisi), keratan dan pelan bumbung dengan skel 1:100 atau 1:200 (mengikut saiz bangunan)
     
  • Pelan susunatur perparitan dan pembentungan yang ditunjukkan dengan jelas dalam pelan tapak
     
  • Pelan susunatur jalan, jalan masuk dan tempat letak kereta serta aliran trafik yang ditunjukkan dalam pelan tapak atau secara berasingan
     
  • Menunjukkan perkiraan berikut : nisbah plot, kiraan tempat letak kereta (motokar, motosikal dan lori mana berkenaan), kiraan muatan kapasiti tempat pembuangan sampah.
     
  • Menunjukkan dengan jelas anjakan bangunan dari sempadan tanah yang mematuhi keperluan Dewan Bandaraya.
     
  • Menunjukkan dengan jelas perkiraan keluasan lantai bangunan mengikut kegunaan seperti kediaman, pejabat, kemersial dan lain-lain untuk tujuan perkiraan yuran pemprosesan pelan.
3.  Semua pelan hendaklah ditandatangani oleh perunding, pemilik bangunan dan pemilik  
     tanah dan tandatangan hendaklah yang asal.

4.  Semua lukisan hendaklah diwarnakan dengan lengkap

5.  Borang B1 hendaklah dilengkapkan dan dicop pada muka pertama set pelan bangunan
     yang dikemukakan.

Carta alir kerja memproses permohonan kelulusan pelan bangunan

 

 

1    Perunding menyediakan pelan dan kemukakan kepada DBKK
 
2    Pelan akan disemak samada mematuhi keperluan asas pengemukaan pelan
 
3A  Jika tidak lengkap, sediakan surat penolakan dan hantar pada perunding
 
3B  Jika OK, buka fail, buat perkiraan bayaran memproses pelan dan hantar notis  
      pembayaran kepada perunding.
 
4    Pelan diedarkan kepada jabatan berkenaan i.e Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan
      serta jabatan lain jika perlu.
 
5    Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan jabatan lain memberi komen keatas pelan.
 
6    Pelan akan diperiksa dan disemak. Sekiranya permohonan meragukan atau tidak
      ‘straight forward’ akan dikemukakan dalam Jawatankuasa Pelan Bangunan.
 
7A Jika tidak mematuhi syarat, surat pembetulan disediakan dan dihantar kepada perunding.
 
7B  Jika mematuhi syarat, Surat Kelulusan disediakan untuk ditandatangani.
 
8    Perunding akan dipanggil untuk mengambil pelan yang diendos.
 
9    Fail disimpan