Latarbelakang

Pada 2hb Februari 2002, Majlis Perbandaran Kota Kinabalu telah dinaiktaraf menjadi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Bagi maksud penubuhan dan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, satu Enakmen Bandaraya Kota Kinabalu telah digubal iaitu Enakmen Bandaraya Kota Kinabalu,1996.

Berdasarkan kepada struktur organisasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ianya diketuai oleh seorang Mayor dan dibantu oleh seorang Ketua Pengarah dan empat orang Timbalan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah dan empat orang Timbalan Ketua Pengarah akan bertanggungjawab ke atas Jabatan yang dibahagi selaras dan mengikut pendekatan sektorial iaitu Sektor Pengurusan Kewangan, Sektor Perancangan dan Pembangunan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Sektor Operasi.

Berkuatkuasa pada 1hb Oktober 2004 Jabatan Perundangan telah diwujudkan (sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan) dan telah diletakkan di bawah Sektor Khidmat Pengurusan berserta lima jabatan lain iaitu Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Hal Ehwal Korporat, Jabatan Teknologi Maklumat Jabatan Perundangan dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi.

Untuk mencapai Misi dan Visi DBKK, Jabatan Perundangan telah dibahagikan kepada enam (7) bahagian iaitu:

  1. BAHAGIAN PEJABAT PENGARAH
  2. BAHAGIAN GUBALAN DAN NASIHAT
  3. BAHAGIAN LITIGASI
  4. BAHAGIAN PENDAKWAAN
  5. BAHAGIAN PERJANJIAN
  6. BAHAGIAN PENTADBIRAN (PEJABAT AM)
  7. MAHKAMAH BANDARAYA:
  1. MAHKAMAH MAJISTRET
  2. MAHKAMAH ANAK NEGERI DAERAH (MAND)


OBJEKTIF JABATAN PERUNDANGAN

  1. Memberikan nasihat guaman yang sempurna dan efisien kepada Mayor dan kakitangannya untuk memastikan jentera pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berfungsi dan berperanan sejajar dengan kehendak undang-undang.
  2. Menjaga dan melindungi kepentingan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu terhadap apa-apa pelanggaran yang menyalahi undang-undang dan hak-hak mereka di sisi undang-undang.
  3. Menjalankan semakan ke atas Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dengan menggubal serta meminda berdasarkan kepada keperluan dari semasa ke semasa.
  4. Menjalankan pendakwaaan kepada mana-mana pihak yang berhutang atau melanggar Undang-Undang Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
  5. Pengurusan Mahkamah Bandaraya yang terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri Daerah Bandaraya Kota Kinabalu
  6. Pengurusan Mahkamah Bandaraya yang terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri Daerah Bandaraya Kota Kinabalu

 

BAHAGIAN-BAHAGIAN DAN FUNGSINYA:

1) BAHAGIAN PEJABAT PENGARAH

  1. Memantau segala aktiviti setiap bahagian di Jabatan Perundangan.
  2. Merancang dan menyediakan aktiviti Jabatan Perundangan untuk setiap bahagian agar berjalan dengan lancar
  3. Menyelaras saman-saman yang melibatkan DBKK
  4. Menyediakan atau mengkaji polisi-polisi yang ada di DBKK agar selaras dengan peruntukan undang-undang.
  5. Mengemaskini laporan status perlaksanaan aktiviti/program di setiap bahagian bagi suku pertama, suku kedua, suku ketiga seterusnya penyediaan laporan tahunan Jabatan Perundangan
  6. Mengawal perbelanjaan tahunan serta menyediakan laporan perbelanjaan tahunan Jabatan Perundangan
  7. Menghadiri perbicaraan di Mahkamah
  8. Memberikan nasihat undang-undang berkaitan dengan projek/kontrak yang melibatkan kepentingan DBKK.
  9. Memantau perjalanan surat-menyurat / dokumen yang keluar dan masuk seterusnya memantau maklumbalas daripada setiap bahagian agar tindakan diambil dalam tempoh yang ditetapkan
  10. Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

2) BAHAGIAN GUBALAN DAN NASIHAT

  1. Mengkaji dan membuat pindaan terhadap mana-mana Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, mengikut keperluan semasa atau berdasarkan keputusan pihak pengurusan selaras dengan kepentingan awam.
  2. Mengkaji dan menggubal Undang-Undang Kecil mengikut keperluan semasa atau berdasarkan keputusan pihak pengurusan selaras dengan kepentingan awam.
  3. Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan dari masa ke semasa

 

3) BAHAGIAN LITIGASI

  1. Membuat tuntutan sivil di Mahkamah Rendah terhadap hutang-hutang yang tidak dibayar terhadap individu, syarikat atau sebagainya berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada.
  2. Memberi nasihat tentang hal-hal berkaitan tuntutan sivil kepada jabatan dalaman DBKK yang berkaitan
  3. Menyediakan saman dan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tuntutan sivil ke Mahkamah.
  4. Menyediakan notis tuntutan ke atas pemiutang sebelum memfailkan saman di mahkamah.
  5. Memastikan pembayaran ke atas tunggakan hasil yang dituntut adalah teratur dan dilaksanakan sepenuhnya.
  6. Bertanggungjawab memastikan semua tunggakan hasil DBKK dibayar oleh pemiutang berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada.
  7. Mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dalam mana-mana tindakan undang-undang yang berkaitan tunggakan hasil
  8. Memastikan bahawa kepentingan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu sentiasa terjaga terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan hasil ke atas DBKK
  9. Menghadiri mesyuarat/perbincangan yang berkaitan dengan kutipan hasil DBKK
  10. Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

4) BAHAGIAN PENDAKWAAN 

  1. Menyedia dan membuat pendakwaan terhadap mana-mana pihak yang telah membuat pelanggaran Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Ordinan-Ordinan, Enakmen dan Akta yang dikuatkuasakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
  2. Menyedia dan membuat Kertas Pertuduhan dan saman terhadap kes-kes pelanggaran di bawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Ordinan, Enakmen dan Akta yang dikuatkuasakan oleh DBKK.
  3. Mendapatkan dan menyelaras Pelaksanaan Perintah Mahkamah seperti Perintah Penutupan dan sebagainya.
  4. Memberikan nasihat berkaitan dengan aduan awam yang melibatkan pelanggaran mana-mana Undang-Undang Kecil, Ordinan, Enakmen dan Akta yang digunapakai oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
  5. Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.  

 

5) BAHAGIAN PERJANJIAN DAN KONTRAK

  1. Membuat penyelidikan secara terperinci mengenai sesuatu projek atau aktiviti dari aspek perundangan sebelum sesuatu projek atau aktiviti dijalankan.
  2. Menyediakan perjanjian atau menyemak perjanjian-perjanjian yang melibatkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dengan mana-mana pihak untuk memastikan hak dan kepentingan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu terjaga.
  3. Memberi nasihat kepada Mayor dan jabatan-jabatan dalaman DBKK mengenai kontrak/perjanjian yang melibatkan keperluan DBKK.
  4. Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.  

 

6)  BAHAGIAN MAHKAMAH BANDARAYA:

6.1 Bahagian Mahkamah Bandaraya terbahagi kepada dua (2) unit kecil:-

(a)  Mahkamah Majistret

Fungsi bahagian ini untuk memudahkan pengurusan kes-kes Sivil dan Saman Jabatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang didaftarkan di Mahkamah tinggi Kota Kinabalu.

(b)  Mahkamah Anak Negeri Daerah

Fungsi bahagian ini untuk memudahkan pengurusan kes-kes berkaitan adat resam dan undang-undang adat bumiputera Sabah yang didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri Daerah (Bandaraya Kota Kinabalu).

6.2 Fungsi Mahkamah Majistret

  1. Mengurus pendaftaran kes-kes Sivil dan Saman Jabatan di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah.
  2. Mengurus perbicaraan kes-kes Sivil dan Saman Jabatan agar lebih lancar dan teratur.
  3. Mengurus pengeluaran saman, waran tangkap, waran lunatik dan waran penjara untuk menghadiri mahkamah.
  4. Menyediakan laporan dan statistik jumlah kes aktif, selesai dan belum selesai untuk kes-kes Saman Sivil dan Saman Jabatan.
  5. Mengurus, mengemaskini dan mengendalikan fail-fail fizikal dan doket Mahkamah Majistret
  6. Menguruskan fail-fail fizikal dan doket untuk tujuan pelupusan.

6.3 Fungsi Mahkamah Anak Negeri Daerah (MAND)

  1. Memastikan pentadbiran Mahkamah Anak Negeri Daerah teratur selaras dengan arahan dan peraturan di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri, 1992
  2. MAND ditubuhkan untuk mendengar kes-kes yang berkaitan pelanggaran undang-undang atau adat anak negeri seperti:-
    1. Urusan pertunangan.
    2. Urusan perkahwinan dan perceraian.
    3. Urusan permohonan pengambilan Anak Angkat.
    4. Urusan pembahagian harta pusaka.
    5. Urusan lain yang berkaitan dengan adat anak negeri.
  3. Menyelaras pendaftaran kes-kes MAND termasuk membuka fail dan mendaftar kes.
  4. Mengurus perbicaraan kes dan menetapkan tarikh mahkamah bersidang
  5. Menyediakan laporan dan satistik kes-kes yang didaftarkan di MAND
  6. Menyediakan nota prosiding, penghakiman dan rekod rayuan untuk kes-kes yang telah didengar di Mahkamah
  7. Mengendalikan prosedur Pengeluaran Perintah Penghakiman (Jadual Tiga)
  8. Mengurus, merekod dan mengemaskini fail-fail MAND.

 

7) BAHAGIAN PENTADBIRAN (PEJABAT AM)

  1. Mengurus dan menyelaras jika terdapat sebarang kerosakan di ruangan pejabat Jabatan Perundangan dan seterusnya memastikan pembaikan dilakukan.
  2. Mengurus dan menyelaras mengemaskini fail-fail di Jabatan Perundangan dengan memasukkan surat dan maklumat terkini ke dalam fail yang berkaitan serta menyediakan folio fail dengan kemas dan teratur. Ini termasuklah menjaga dan mengawasi pergerakan fail di Jabatan Perundangan dan juga fail-fail dari jabatan lain yang dikemukakan kepada jabatan ini. Merekod dan mengemaskini fail peribadi setiap kakitangan Jabatan Perundangan termasuk cuti, cuti sakit, kursus dan lain-lain yang berkaitan
  3. Mengendali/menyelaras pelupusan peralatan atau barangan pejabat mengikut tatacara pelupusan yang telah ditetapkan
  4. Mengenalpasti, menempah dan mengawal keperluan peralatan pejabat dan mengurus kelengkapan pejabat, kunci-kunci dan lain-lain yang berkaitan
  5. Mengatur kenderaan rasmi untuk pegawai-pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabat.
  6. Mengurus dan menyelaras Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) sebelum dihantar kepada Pengarah Jabatan Perundangan untuk disemak dan disahkan
  7. Mengurus dan mentadbir Mini Perpustakaan Jabatan Perundangan dengan menyediakan katalog bagi semua buku undang-undang, Undang-Undang Kecil, Ordinan, Enakmen, Akta dan buku-buku rujukan.
  8. Menyelaras pembelian statut serta pindaan-pindaan terhadap mana-mana Undang-Undang Kecil, Ordinan, Enakmen, Akta dan sebagainya.
  9. Menyelaras mesyuarat Jabatan Perundangan seperti menempah bilik mesyuarat dan menyediakan minuman dan menyediakan fail-fail untuk pegawai-pegawai yang menghadiri mesyuarat
  10. Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan dari masa ke semasa