PENGENALAN

Diwujudkan apabila MPKK dinaiktaraf kepada DBKK pada 2 Februari 2000.

Jabatan ini bertanggungjawab dalam memastikan perancangan guna tanah dan kawalan pembangunan adalah selaras dengan kehendak-kehendak Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah CAP 141), Pelan Struktur Sabah 2030, Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan termasuklah memorandumnya), dasar, polisi, pekeliling kerajaan dan garis panduan yang diterima pakai.

Jabatan ini akan memastikan perancangan dalam kawasan pentadbiran DBKK adalah mampan dan progresif bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai mutu kehidupan dan suasana persekitaran yang bersih dan menarik.


VISI
 JABATAN

Ke arah memberikan perkhidmatan perancangan bandar dan desa yang cemerlang melalui perancangan guna tanah yang teratur, mampan dan progresif di seluruh daerah Kota Kinabalu termasuklah kawasan perairannya.

 

MISI JABATAN

Memastikan perancangan dilaksanakan berpandukan kepada kehendak-kehendak Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah CAP 141), Pelan Struktur Sabah 2030, Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan),dasar, polisi, pekeliling kerajaan dan garis panduan yang diterima pakai.

 

FUNGSI JABATAN

  • Merancang dan mengawal pembangunan mengikut kehendak Skim Perancangan, dasar-dasar dan garis panduan yang sedia ada.
  • Memproses permohonan kebenaran merancang.
  • Memproses permohonan tanah & permohonan perlanjutan tempoh pajakan tanah.
  • Menyediakan pelan susunatur perancangan & garis panduan perancangan.
  • Menyediakan data & maklumat perancangan kepada orang awam, Agensi dan Jabatan kerajaan.

 

OBJEKTIF JABATAN

  • Mempastikan Pelan Struktur Sabah dan Skim perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan) dijadikan asas dalam kerja-kerja perancangan.
  • Mengawal dan merancang pembangunan berdasarkan kepada Pelan Struktur Sabah dan Skim perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan) dan dasar-dasar pekeliling kerajaan serta garis panduan yang digunapakai.
  • Memastikan semua permohonan termasuklah kebenaran merancang, permohonan tanah, perlanjutan tempoh pajakan tanah dan sebagainya diproses mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Menyediakan data & maklumat perancangan untuk kegunaan orang awam dan Agensi/Jabatan kerajaan.
  • Memberi perkhidmatan berkaitan aspek perancangan bandar dan desa kepada orang awam dan Agensi/Jabatan kerajaan.

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN

  • Memastikan Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan ) dikaji semula dalam tempoh 5 tahun sekali.
  • Memastikan semua permohonan kebenaran merancang diproses dan diambil tindakan dalam tempoh 90 hari bekerja.
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandaraya.
  • Memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan disampaikan dengan penuh mesra dan efisien dalam tempoh satu hari bekerja.
  • Permohonan pembelian pelan zon guna tanah dalam tempoh satu hari bekerja.

 

BAHAGIAN PERANCANGAN

  • Menyediakan dan membuat kajian semula skim perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan).
  • Menyediakan dan mengemaskini garis panduan perancangan.
  • Menyediakan laporan penyiasatan tapak bagi permohonan penukaran zon guna tanah.
  • Menyelaras penyediaan notis awam bagi penukaran notis awam bagi permohonan penukaran zon guna tanah.
  • Melaksanakan dan menyelaras program-program bandar selamat, bandar pintar, bandar hijau dan sebagainya.
  • Bertanggungjawab dalam penyediaan bahan taklimat , bahan pameran dan maklumat perancangan.
  • Memberi perkhidmatan kepada orang awam, Jabatan dan Agensi kerajaan mengenai aspek-aspek perancangan bandar dan desa.

 

BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN

  • Memproses semua permohonan kebenaran perancangan.
  • Menyelaras semua ulasan teknikal yang diterima dari Jabatan dan agensi teknikal untuk di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandaraya (CPC Meeting).
  • Memastikan cadangan pembangunan adalah selaras dengan kehendak perancangan yang telah disediakan dalam Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan sedia ada).
  • Memberi nasihat teknikal kepada orang awam, Jabatan dan Agensi kerajaan mengenai aspek-aspek perancangan bandar dan desa serta pematuhan piawaian dan garis panduan sedia ada.

 

BAHAGIAN GEOGRAPHICAL INFORMATION SYSTEM (GIS) & MAKLUMAT PERANCANGAN

  • Menyediakan dan mengemaskini data & maklumat berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.
  • Membuat pengemaskinian data & maklumat zon guna tanah sekiranya terdapat kelulusan penukaran zon dari Majlis Perancangan Negeri.
  • Menyediakan pelan, data & maklumat perancangan untuk kegunaan orang awam,agensi dan jabatan teknikal.
  • Memberi ulasan terhadap permohonan-permohonan tanah permohonan perlanjutan tempoh pajakan tanah.
  • Membantu Bahagian Perancangan dan Bahagian Kawalan Pembangunan dalam penyediaan bahan taklimat, bahan pameran dan maklumat GIS.
  • Memproses permohonan penamaan Kawasan / Bangunan, Penamaan Jalan/Lorong dan pernomboran bangunan

     

    BAHAGIAN PENTADBIRAN

    Bertangungjawab secara langsung dalam membantu perjalanan pentadbiran jabatan seperti urusan pentadbiran am seperti pekeranian, sistem fail bagi dokumen, surat-menyurat, penyimpanan, percetakan dokumen, penyediaan inventori pejabat, menyampaikan surat makluman, kelulusan pelan-pelan yang berkaitan dan mengatur serta mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa yang berkaitan dengan Pentadbiran Jabatan dan memastikan urusan disiplin anggota diurus.