VISI
Menjadi Jabatan Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan yang efisien, berorientasikan teknologi maklumat, telus dan professional di Malaysia Timur menjelang tahun 2020.
MISI
- Meningkatkan hasil menerusi cukai kadaran;
- Mengurus dan mengemaskini pangkalan data hartanah berkadar; dan
- Menyumbang ke arah penambahbaikan/ pendekatan / kaedah / standard / penilaian di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan
OBJEKTIF
- Mengurus dan mengimplemantasikan Senarai Penilaian untuk maksud Cukai Kadaran.
- Memastikan Pangkalan Data Hartanah Berkadar diselenggarakan dan diurus dengan efisyen.
- Mendapatkan pendapatan optima melalui penggunaan hartanah.
FUNGSI JABATAN
PENILAIAN
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diperuntukkan di bawah Bahagian serta Seksyen 56, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan
- Bertanggungjawab menyediakan Perintah Kadar Tahunan untuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
- Bertanggungjawab menambah baik kaedah, pendekatan serta standard bidang penilaian terutamanya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan
- Bertanggungjawab mencari sumber hasil pendapatan alternatif yang wujud atas penggunaan tanah secara optimum
- Bertanggungjawab menyediakan maklumat hartanah berkadar kepada National Property Information Centre (NAPIC) dan Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI)
FUNGSI PENTADBIRAN
- Bertanggungjawab menyimpan, menyelenggara, dan mengemaskini semua maklumat hartanah berkadar yang dihasilkan serta digunakan oleh Jabatan Penilaian
- Bertanggungjawab memastikan aktiviti kerja di Jabatan Penilaian berjalan dengan lancar
- Bertanggungjawab memastikan kakitangan, Jabatan Penilaian mendapat pendedahan serta latihan/kursus teknikal yang bersesuaian dan dalam masa yang sama memantau prestasi mereka
- Bertanggungjawab menghasilkan/mencetak borang/dokumen rasmi yang digunakan oleh Jabatan Penilaian
- Bertanggungjawab dalam menjalankan semakan aktiviti Jabatan setiap suku di Jabatan Penilaian
- Bersama-sama dengan Jawatankuasa Rekreasi & Suka Jabatan Penilaian memastikan hubungan serta tali persabahatan di kalangan kakitangan pada tahap yang terbaik serta menjaga kebajikan dan sosial kakitangan di Jabatan Penilaian.