Untuk makluman, DBKK akan membuka dua lagi tapak Bazar Ramadan iaitu di Padang Merdeka dan Dewan Damai.

Sehubungan itu, permohonan menjaja di Bazar Ramadan khusus di tapak lot bazar PADANG MERDEKA dan DEWAN DAMAI akan dibuka secara dalam talian melalui pautan/link borang e-Bazar yang akan dikongsikan di Facebook rasmi DBKK pada 29 Januari 2024, jam 9.30 pagi.

Sebagai persediaan awal, semua pemohon hendaklah menyediakan dokumen seperti salinan Sijil Kad Kesihatan yang masih sah, salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan, salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan oleh JPN dan sekeping gambar berwarna produk-produk jualan untuk memudahkan pengisian borang e-Bazar tersebut di atas. Kegagalan tuan/puan untuk memuatnaik dokumen yang telah ditetapkan akan menyebabkan pemohonan tuan/puan ditolak.

Tapak lot adalah terhad, First Come First Serve.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Bahagian Pengurusan Penjaja di talian 011 25198664 pada waktu bekerja (8.00 pagi hingga 5.00 petang).