Untuk makluman, permohonan menjaja di Bazar Ramadan seliaan DBKK akan dibuka secara dalam talian melalui pautan/link borang e-Bazar yang akan dikongsikan di Facebook rasmi DBKK bermula pada 16 hingga 18 Januari 2024 ini.

Sebagai persediaan awal, semua pemohon hendaklah menyediakan dokumen seperti salinan Sijil Kad Kesihatan yang masih sah, salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan, salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan oleh JPN dan sekeping gambar berwarna produk-produk jualan dalam bentuk digital (softcopy) untuk memudahkan pengisian borang e-Bazar tersebut di atas. Kegagalan tuan/puan untuk memuat naik dokumen yang telah ditetapkan akan menyebabkan pemohonan tuan/puan ditolak.

Tapak lot Bazar yang dibuka di bawah seliaan DBKK ialah Lintasan Deasoka, Indah Permai, Sembulan dan Tanjung Aru. Tapak lot adalah terhad, First Come First Serve. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Bahagian Pengurusan Penjaja di talian 011 25198664 pada waktu bekerja (8.00 pagi hingga 5.00 petang).