Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah tahun 2023 yang akan diadakan pada 31 Julai 2023 bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 9.30 pagi bertempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah. Persembahan Sambutan Hari Pahlawan akan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen perbarisan dari Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi, Bacaan Sajak Pahlawan, Persembahan Khas yang dipimpin oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Pameran Pahlawan.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah tahun 2023 ini. Jumpa di Padang Merdeka Kota Kinabalu...