Perkhidmatan “Drive In” Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan memberikan kemudahan perkhidmatan kaunter kepada pelanggan DBKK terutamanya golongan orang kurang upaya, warga emas dan wanita mengandung tanpa perlu turun daripada kenderaan.

Pengwujudan perkhidmatan ini juga merupakan cara DBKK dalam menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Sabah untuk mentransformasikan tadbir urus dalam meningkatkan ketelusan dan keberkesanan perkhidmatan awam.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah:-

❖ Pembayaran Cukai Kadaran
❖ Pembayaran Kompaun
❖ Pembelian Kupon Letak Kereta
❖ Pembelian Borang-borang
❖ Pembayaran Am

Perkhidmatan “Drive In DBKK” bermula 11 Mac 2022 (Jumaat) dan beroperasi mengikut ketetapan seperti berikut :-
❖ Tempat : Kawasan Tempat Letak Kereta Hadapan Bangunan Ibu Pejabat DBKK (5 lot parkir khas)
❖ Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
❖ Hari : Setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum

Walaubagaimanapun, orang awam yang datang berurusan dengan pihak petugas “Drive In DBKK” hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 dan sentiasa memakai pelitup muka (Face Mask) bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang masih belum tamat.