25 APRIL 2024, Jabatan Pelesenan, DBKK telah melaksanakan operasi pemantauan dan pembukaan iklan-iklan yang dipasang tanpa kelulusan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, khususnya kawasan Zon Damai/Luyang, Damai Plaza, Taman Friendly Damai dan Taman Sheraton Damai. Kawasan-kawasan ini telah dikenal pasti sebagai lokasi 'hotspot' pemasangan iklan haram. Menerusi operasi tersebut, sejumlah 58 poster along dan 7 iklan sepanduk ('banner') telah dibuka dan dialihkan serta-merta.
 
DBKK menasihatkan kepada para pengusaha dan peniaga untuk tidak memasang atau mempamerkan iklan perniagaan tanpa kelulusan, ke arah mengekalkan kekemasan dan keteraturan Bandaraya Kota Kinabalu. DBKK akan terus menguatkuasakan pematuhan undang-undang seperti yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil (Iklan) Kota Kinabalu, 1983.

Layari FB Rasmi DBKK untuk info lanjut.