Kerja-kerja pengutipan sisa sampah sarap yang bertaburan di kawasan Segama Waterfront diteruskan oleh anggota-anggota Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) DBKK, pada 12 April 2024 (Jumaat). Berikutan jumlah pengunjung yang tinggi semasa musim perayaan ini, Segama Waterfront telah menjadi salah satu tempat tumpuan awam untuk beriadah. Menyedari keperluan ini, DBKK dengan segera telah menambah kuantiti tong sampah dan menempatkannya di lokasi-lokasi tumpuan, selain menugaskan anggota Unit Pengutipan dan Unit Penyapuan bermula 6.00 petang.