Sebuah Syarikat Perniagaan Barangan 'Bundle' Diarahkan Untuk Menghentikan Aktiviti Jualan Serta-Merta
28 April 2024: Sebuah syarikat perniagaan barangan 'bundle' yang beroperasi di pusat bandar raya di sini, kelmarin, telah diberikan arahan untuk menghentikan aktiviti jualan mereka dengan serta-merta, sehingga mendapat kelulusan daripada pihak DBKK.
Hasil tinjauan DBKK telah mendapati syarikat perniagaan tersebut menjalankan aktiviti jualan mereka di kawasan terbuka dan siar kaki Warisan Square sehingga mengganggu laluan awam. Pemilik premis turut diberikan arahan untuk mengalihkan barangan jualan dengan serta-merta.
Read more ...