Pemeriksaan Berhubung Laporan Bahan Binaan Projek Yang Menyebabkan Halangan dan Gangguan Tempat Awam
DBKK telah menerima laporan daripada orang awam berhubung sebuah syarikat pembinaan yang telah meletakkan bahan binaan projek di tempat yang tidak betul sehingga menyebabkan halangan dan gangguan tempat awam.
Bertindak ke atas laporan tersebut, anggota-anggota DBKK daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kawalan Bangunan (JKBn) dan Jabatan Kejuruteraan telah mengadakan pemeriksaan serta-merta dan didapati bahan binaan telah diletakkan di atas lot parkir tanpa pembinaan papan dinding atau 'hoarding' yang selamat.
Read more ...