Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi sesi tahun 2020
Mesyuarat ALK KOPDBKK yang pertama bagi tahun 2020 telah diadakan pada 7 Februari yang lepas. Mesyuarat telah dihadiri oleh 14 Ahli Lembaga Koperasi. Pengerusi KOPDBKK, Datuk Joannes Solidau mengalu-alukan 2 ahli lembaga baru iaitu Encik Mohammad Amir Izzat dan Encik Abdul Jakir yang telah dipilih semasa MAT kali ke-7 yang lepas.