Peranan
PERANAN KETUA JABATAN/ JAWATANKUASA PEMANDU INOVASI
1. Menentukan dasar & strategi bagi menggalakkan penjanaan idea serta R & D;
2. Menetapkan amalan & proses yang menyokong peningkatan inovasi;
3. Menyelaras & memantau usaha-usaha pembudayaan inovasi merangkumi program latihan & pemikiran kreatif;
4. Memberi pengiktirafan kepada warga jabatan yang menghasilkan inovasi; dan
5. Mempromosi & berkongsi inovasi yang dihasilkan.
UNIT INOVASI JABATAN
Setiap Jabatan/ Bahagian/ Unit DBKK hendaklah menubuhkan Unit Inovasi atau Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) masing-masing. Unit tersebut berperanan mengenal pasti inisiatif inovasi yang boleh mewakili jabatan masing-masing.
PERANAN URUS SETIA (Jabatan Penyelidikan dan Koordinasi)
1. Mengenalpasti 1 atau lebih inisiatif inovasi yang boleh mewakili DBKK ke AIPM atau AISA dan hendaklah dipersetujui oleh Mayor;
2. Laporan hendaklah dimuatnaik di dalam Bank Inovasi dan maklumkan melalui emel tajuk inovasi dipilih;
3. Mengemukakan lain-lain laporan inovasi secara berterusan juga melalui Bank Inovasi Sektor Awam;
4. Sentiasa berhubung dengan pihak Pejabat Timbalan SKN (Pentadbiran) atau MAMPU untuk tujuan penyelarasan dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini.