Sudut Inovasi
PENGENALAN
Sejajar dengan saranan YAB Perdana Menteri dan Agenda Nasional, gerakan inovasi nasional akan bermula tahun 2012. YAB Ketua Menteri Sabah dalam amanat beliau sempena Malam Perkhidmatan Awam negeri Sabah Tahun 2010, juga menekankan fokus inovasi dalam Perkhidmatan Awam Negeri. Seterusnya Arahan YB SKN bertarikh 27 Mei 2010, bagi Pelaksanaan Hari Inovasi dan Usaha-Usaha Meningkatkan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam.
Agenda Inovasi Sektor Awam
1. Menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Inovasi;
2. Penubuhan Unit Inovasi di setiap Kementerian/ Agensi;
3. Pelaksanaan Hari Inovasi; dan
4. Pelaporan Inovasi Sektor Awam.
AKTIVI TERKINI
Jawatankuasa Pemandu Inovasi DBKK akan mengadakan Sambutan Hari Inovasi yang dijadualkan akan diadakan pada 27 November 2012.
Pengenalan Pertandingan
Pertandingan Hari Inovasi diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua jabatan/warga DBKK yang mempamerkan pretasi cemerlang dalam pengurusan organisasi secara keseluruhan. Pelaksanaan program pengiktirafan ini menunjukkan komitmen pihak pengurusan kepada penerapan budaya pengurusan inovasi secara berterusan untuk memulakan pembudayaan inovasi di kalangan warga DBKK.
Objektif Pertandingan
Pertandingan Sempena Sambutan Hari Inovasi 2012 Peringkat DBKK ini diadakan bertujuan untuk menarik perhatian dan minat warga DBKK tentang pentingnya penekanan inovasi di dalam urusan penyampaian perkhidmatan dari semasa ke semasa. Ia juga bagi memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan.