Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Sisa Pepejal

Pengutipan, pengangkutan dan pelupusan sampah-sarap
 
Perkhidmatan pengutipan, pengangkutan dan pelupusan sampah-sarap di seluruh bandaraya adalah dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
 
Pengutipan sisa kebun dan sisa bersaiz besar (bulky waste) diberi secara percuma 2 kali sebulan dan ini hanya terhad kepada tiga beg plastik sahaja. Sekiranya kuantiti yang dilupus adalah lebih, caj (RM120/trip) akan dikenakan terhadap pemilik.
 
Anda boleh membantu DBKK memelihara kebersihan alam sekitar dengan:
 
  • Memasukkan sampah domestik ke dalam karung plastik dan mengikatnya dengan kemas sebelum menyimpannya dalam tong sampah.
  • Tidak membuang sampah ke dalam parit, sungai persekitaran dan kawasan awam.