Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Cukai Kadaran

Kandungan

 

 

  1. NOTIS KEPADA PEMBAYAR CUKAI.

Apa itu cukai kadaran?

Cukai Kadaran adalah cukai yang dikenakan ke atas harta yang terletak di dalam kawasan perkadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan (1961) Bahagian 10(X) ke 12 (XII), seperti :

  • Rumah kediaman (rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, rumah teres, banglo, rumah kedai dan lain-lain).
  • Harta perniagaan/perusahaan (kedai, kilang, stesen minyak, gudang, hotel, panggung wayang, bengkel, bangunan pejabat dan lain-lain).
  • Tanah kosong

 

Kembali ke atas

Mengapa cukai kadaran dikenakan?

  • Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak dan tempat rekreasi, pasar dan sebagainya.
  • Pembersihan kawasan perumahan/perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam.
  • Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya.
  • Penyediaan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan.
  • Pembangunan kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

 

Kembali ke atas

Bilakah cukai kadaran patut dibayar?

Cukai kadaran perlu dibayar empat (4) kali setahun iaitu:

  • Suku Tahun Pertama di antara 1 Januari hingga 31 Mac.
  • Suku Tahun Kedua di antara 1 April hingga 30 Jun.
  • Suku Tahun Ketiga di antara 1 Julai hingga 31 September.
  • Suku Tahun Keempat di antara 1 Oktober hingga 31 Disember.

Juga boleh dibayar sekaligus untuk bayaran 1 tahun dan rebet 5% akan diberikan sekiranya Pembayaran dibuat sebelum 31 Mac tahun tersebut.

 

Kembali ke atas

Apakah yang perlu dibuat sekiranya bil tidak diterima?

  • Jika anda tidak menerima bil untuk sesuatu tempoh pembayaran, sila dapatkan salinan bil dengan segera daripada Unit Cukai Kadaran, tingkat bawah Bangunan DBKK atau menghubungi No. Tel: 088-521758, 521759 dan 521896 dalam masa bekerja.
     
  • Kemaskini alamat terkini dengan mengisi borang pengemaskinian alamat dan kemukakan kepada Jabatan Penilaian di tingkat bawah bangunan DBKK.

 

Kembali ke atas

Apakah yang terjadi kepada pemilik harta jika tidak menjelaskan cukai dalam tempoh bayaran tersebut?

  • Denda 2% faedah atas jumlah tunggakan akan dikenakan pada setiap suku.
  • RM5.00 akan dikenakan untuk notis pemberitahuan bagi setiap suku.
  • Tindakan mahkamah.

 

Kembali ke atas

Apakah yang perlu dibuat jika anda menjual/menukar milik/mewariskan bangunan/tanah?

  • Memaklumkan Jabatan Penilaian, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Sertakan salinan geran hakmilik yang mempunyai nama pembeli atau perjanjian jual beli.
  • Sertakan salinan resit cukai kadaran terbaru yang telah dijelaskan

 

Kembali ke atas

Jika pemilik tidak mampu menjelaskan terus tunggakan, bolehkah dijelaskan secara ansuran?

Pemilik dinasihatkan supaya datang sendiri ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Unit Cukai Kadaran untuk membincangkan perkara ini dengan Akauntan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.  Permohonan akan dipertimbangkan.

 
Kembali ke atas

Apakah kemudahan pembayaran yang ada?
  • Bayaran melalui tunai, cek, kad kredit, MBF Call N Pay, draf bank atau melalui internet

http://www.maybank2u.com.my,
http://www.alliancebank.com.my,
http://www.pbebank.com dan
http://www.hsbc.com.my

            Bayaran melalui cek hendaklah dibuat atas nama:

DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU dan dipalang “Akaun Penerima Sahaja”.  Sila catat nombor telefon anda di belakang cek tersebut dan No. Rujukan Bil Cukai Kadaran.

Kembali ke atas

Dimana ianya boleh dibayar?

Kaunter

Hari

Masa

Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Isnin – Jumaat

07.30 am – 04.00 pm

Dewan Serbaguna

Isnin – Khamis

 
Jumaat

08.00 am – 12.00 pm
01.30 pm – 03.30 pm

08.00 am – 11.00 am
01.30 pm – 03.30 pm

Tingkat 7 Center Point Sabah

Isnin – Khamis

 
Jumaat

08.00 am – 01.00 pm
02.00 pm – 3.30 pm

08.00 am – 11.30 am
02.00 pm – 03.30 pm

Pembayaran Bil Cukai Kadaran boleh dibuat di kaunter-kaunter seperti berikut secara tunai:

 

-          Kaunter Pembayaran  Pejabat Pos

-          Kaunter Pembayaran SESB

-          Kaunter Pembayaran Jabatan Air

-          Kaunter Pembayaran Telekom


Melalui Cek atau tunai:
 

-          Hongkong Bank        No. Akaun DBKK: 0921 6757 6021

-          Alliance Bank            No. Akaun DBKK: 1019 6001 0057 171

-          Maybank                    No. Akaun DBKK:  5101 4303 0771

-          Public Bank               No. Akaun DBKK:  0921 6757 6021

Anda perlu fax slip pembayaran kepada : 088-237115

 

 

Kembali ke atas


Notis kepada pembayar cukai?

  1. Rebet 5% akan diberikan jika cukai tahunan dibayar sepenuhnya pada atau tahun sebelum 31hb Mac.

     
  2. Diskaun diberikan sekiranya tunggakan cukai kadaran dijelaskan sekaligus

            Notis Pemberitahuan            100%
            Faedah                                   50%

     
  3. Diskaun diberikan sekiranya tunggakan cukai kadaran dijelaskan 2 kali

Notis Pemberitahuan      100%

Faedah                             25%

Sempena dengan Kempen Galakan Membayar Cukai Kadaran pada Januari hingga Mac setiap tahun pemberian diskaun adalah seperti berikut:
 

Suku

Pemberian diskaun

Notis Pemberitahuan

Faedah

Pertama
Januari - Mac

Rebet 5% pembayaran
Cukai Kadaran Tahunan

100% diskaun

75% diskaun

 

UNTUK KETERANGAN / PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI PADA TEMPOH BEKERJA:

088-521758
088-521759
088-521896


Kembali ke atas