OBJEKTIF
Untuk memastikan Pengurusan Harta yang Sistematik dan berkesan untuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan memastikan semua usahasama membabitkan Harta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan membawa pulangan yang Optima.


FUNGSI

Memastikan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang Sistematik dan berkesan selaras dengan peruntukkan dalam seksyen 49, Ordinan Kerajaan Tempatan 1960 dan Enakmen Bandaraya Kota Kinabalu 1996. Pencapaian fungsi akan dilaksanakan Melalui:-

• Penyediaan dan Penyelenggaraan profil dan system Inventori yang sistematik
• Penyediaan pangkalan data yang lengkap berhubung dengan hartanah DBKK dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu
• Pelaksanaan kajian kemungkinan (Feasibility study) sebelum sebarang usaha dilaksanakan
• Pelaksanaan system kutipan hasil/sewaan yang lebih teratur
• Mempergiatkan usaha untuk mendapatkan lebih banyak hartanah untuk DBKK
• Memastikan penyelenggaraan untuk semua harta DBKK melalui kerjasama pelbagai Jabatan di DBKK


VISI
Mendokong usaha menzahirkan sebuah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang mempunyai status outonomi Kewangan dengan kepelbagaian sumber kewangan melalui Pengurusan dan Harta yang efektif.


MISI
Membantu usaha menzahirkan sebuah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang mempunyai status outonomi Kewangan dengan kepelbagaian sumber kewangan melalui pengurusan Harta yang efektif melalui:-

• Pengurusan Harta yang sistematik
• Kumpulan Hartanah yang mencukupi dan menguntungkan
• Penyediaan Perumahan yang selesa dan menguntungkan


PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan semua Pengurusan Harta DBKK dikendali dengan cara profesional dan sistematik
  2. Memberi maklumbalas semua Urusan Penyewaan rumah/harta Dewan bandaraya Kota Kinabalu dijawab dalam tempoh berikut:
    a) Perumahan ERHP :  Dua (2)  minggu dari tarikh permohonan diterima
    b) Komersial       :  Satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima
  3. Melaksanakan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali (1) setahun ke atas semua harta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
  4. Memastikan semua permohonan tanah disusuli sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali
  5. Semua aduan awam disalurkan dalam masa satu (1) hari