Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memenangi dua anugerah iaitu Johan Anugerah Inovasi Pembudayaan ICT (Negeri) dan juga Anugerah Khas Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi inovasi Perkhidmatan e-Services sempena Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (ISAS) 2019 yang telah diadakan pada 4 November 2019 di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu.