Lawatan Kajian Permohonan Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) Oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
- Details
- Hits: 4683
KOPDBKK telah menerima lawatan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 10 Julai 2019. Wakil dari SKM seramai 4 orang diketuai oleh Encik Mohd. Kamri Mustapha. KOPDBKK sebelum ini telah mengemukakan permohonan pembiayaan kepada SKM untuk meningkatkan Tabung Modal Pusingan Koperasi.
Penyampaian Sumbangan Kebajikan : Puan Rashidah Sharin
- Details
- Hits: 4298
KOPDBKK mengucapkan takziah kepada Puan Rashidah Sharin atas pemergian ibunya ke Rahmatullah pada 16 April yang lepas. Biro Kebajikan Koperasi telah menyampaikan sumbangan kebajikan sebanyak RM300 kepada Puan Rashidah yang merupakan anggota koperasi. Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Biro Kebajikan Puan Dygku Aneeta Pg. Ag. Khamis pada 26 April 2019.
Mesyuarat Agung Khas Koperasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 2019
- Details
- Hits: 4760
Satu Mesyuarat Agung Khas KOPDBKK telah diadakan pada 28 Mac 2019 yang lepas bertempat di Dewan Mesyuarat DBKK dan dihadiri oleh 82 anggota koperasi.
Pengerusi KOPDBKK, Datuk Joannes Solidau, turut bertindak sebagai Pengerusi mesyuarat ini dan memaklumkan melalui ucapan aluan beliau bahawa mesyuarat agung khas ini diadakan bagi membincangkan serta meluluskan Aturan Aktiviti Pembiayaan Koperasi. Mesyuarat turut menyaksikan penyampaian cek bayaran syer, yuran terkumpul dan dividen milik mendiang Encik Lastin Garatam yang merupakan anggota Koperasi kepada Puan Raini Garatam iaitu kakak kepada mendiang. Puan Raini juga turut menerima sumbangan kebajikan dari pihak KOPDBKK.
Mesyuarat Agung Tahunan koperasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Ke-6 Sesi 2018/2019
- Details
- Hits: 5020
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KOPDBKK bagi sesi tahun 2018/2019 telah diadakan pada 29 Januari 2019 yang lepas bertempat di Dewan Mesyuarat DBKK dan dihadiri oleh 126 anggota koperasi. Turut hadir dalam MAT ini ialah tetamu kehormat, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman dan wakil Suruhanjaya
Page 3 of 4