PENGENALAN

Jabatan Kewangan dan Belanjawan adalah salah satu jabatan yang ditempatkan dibawah Sektor Korporat dalam struktur carta organisasi DBKK.  Jabatan Kewangan dan Belanjawan terdiri dari Empat bahagian iaitu :

i)   Bahagian Perancangan dan Pengurusan Akaun
ii)  Bahagian Hasil
iii) Bahagian Pembayaran dan
iv) Bahagian Pentadbiran

Jabatan ini mempunyai seramai 124 orang anggota yang melaksanakan fungsi Jabatan Kewangan Dan Belanjawan.



PIAGAM PELANGGAN


BAHAGIAN KEWANGAN

Menyampaikan Bil Cukai Kadaran kepada semua pemilik harta mengikut jadual iaitu tidak lewat dari minggu ketiga bulan Januari, April, Julai dan Oktober untuk dijelaskan.

Memberi layanan yang mesra dan bersopan kepada pelanggan di Kaunter Pembayaran dengan purata maksimum empat (4) minit bagi setiap transaksi bagi seorang pelanggan membayar bil.

Resit dikeluarkan dengan serta-merta untuk semua bentuk terimaan yang diperakukan.

Bayaran tuntutan DBKK kepada kontraktor akan diproses dan cek disiapkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh sesuatu inbois/bil diluluskan untuk dibayar tertakluk kepada peraturan kewangan dipatuhi.

Mengemukakan Laporan Tahunan Kewangan Dewan Bandaraya untuk diaudit sebelum atau pada 01 Jun setiap tahun.

Memberikan maklumbalas kepada pertanyaan bertulis/lisan kepada orang awam/ Jabatan/Bahagian/Unit dari dalam atau luar Organisasi dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja selepas pertanyaan diterima tertakluk kepada jenis pertanyaan.

 


PERKHIDMATAN

  • Mengeluarkan bil cukai kadaran dan proses yang berkaitan
  • Mengurus kutipan dan penerimaan hasil
  • Membuat pembayaran am, gaji dan saraan
  • Menyedia dan menyelia penggunaan belanjawan tahunan