Unit Perolehan Kontrak dan Tender, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ditubuhkan pada Februari 2003.  Sebelum penubuhan unit ini, segala urusan perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan samada sebutharga ataupun tender diuruskan oleh Jabatan Kewangan dan Belanjawan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. 

Oleh kerana keperluan untuk mematuhi prosedur dan mengurangkan ralat dalam pengurusan perolehan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, maka unit ini diwujudkan bagi mempastikan segala urusan dapat dilaksanakan dengan lancar dan lebih sistematik.

Tugas utama unit ini ialah mengurus perolehan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bermula daripada penyediaan dokumen sebutharga dan tender sehinggalah kepada penyediaan arahan pembelian atau kerja serta dokumen perjanjian kontrak. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab melakukan pemantauan agar proses perolehan dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut prosedur, teratur dan dalam tempoh yang ditetapkan.

Dalam melaksanakan proses perolehan, unit ini mengamalkan prosedur perolehan kerajaan samada mengikut prosedur Kerajaan Negeri Sabah mahupun Kerajaan Persekutuan.


OBJEKTIF

Unit Perolehan Kontrak dan Tender, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai objektif seperti berikut:

1.  Mempastikan pengurusan perolehan dikendalikan dengan efektif dan sistematik serta dalam tempoh yang ditetapkan.

2.  Memberi khidmat nasihat dari segi perancangan projek, kos projek dan penyelarasan aktiviti-aktiviti yang berkaitan agar peruntukan pembangunan yang dikendalikan oleh DBKK dibelanjakan dengan sebaik-baiknya.

3.  Mempastikan semua sebutharga dan tender dikeluarkan dan seterusnya disetujuterima selaras dengan polisi, prosedur dan peraturan-peraturan semasa kerajaan

4.  Mempastikan agar kepentingan kerajaan sentiasa dipelihara.dalam mengurus dan mentadbir kontrak di DBKK.