Bersempena dengan  Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah  yang akan berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens pada 31 Ogos 2017, beberapa jalan raya akan ditutup secara sementara bermula jam 5 pagi hingga 12 tengah hari.


Jalan raya yang terlibat dalam perbarisan ini adalah Jalan KK Times Square dan Jalan Tun Fuad Stephens. Manakala, jalan dari Sutera Harbour Resort akan digunakan oleh kontinjen berkenderaan (28 kontinjen) sebelum bergerak ke tempat acara. Kontinjen perbarisan (165 kontinjen) akan berkumpul di Jalan KK Times Square sebelum acara perbarisan bermula.

Jalan-jalan yang sama juga akan digunakan semasa raptai pada 25 dan 28 Ogos 2017 (jam 6 pagi hingga 12 tengah hari) dan raptai penuh pada 29 Ogos 2017 (jam 5 pagi hingga 12 tengah hari). Peta laluan perbarisan disertakan.
 
Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan anggota penguatkuasa yang bertugas.