BELASUNGKAWA

AHLI LEMBAGA KOPERASI, ENCIK LASTIN GARATAM

belasungkawalastin

Ahli Lembaga Koperasi Sesi 2017/2018, Encik Lastin Garatam telah meninggal dunia pada 6 Oktober 2018 di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu atas sebab masalah kesihatan.

Mendiang dilahirkan pada 23 November 1979 dan merupakan seorang Penolong Akauntan di Jabatan Kewangan dan Belanjawan DBKK sewaktu beliau meninggal dunia.
Selain menjadi Ahli Lembaga KOPDBKK, mendiang Encik Lastin turut menggalas tanggungjawab selaku Bendahari PEMADAM Bandaraya.
Seluruh warga KOPDBKK merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Lastin Garatam atas pemergian beliau.