KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pelancongan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah berpeluang untuk mengikuti ‘ A Free Walking Tour’ pada 19 Julai 2018, yang telah dimulakan oleh Lembaga Pelancongan Sabah(Sabah Tourism Board) khas untuk pelancong luar dan dalam negara yang berminat.

Perjalanan yang bermula daripada Pekarangan Bangunan DBKK ini telah disertai oleh lebih kurang 30 orang telah diketuai oleh Datuk Nancy Ho, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bersama dengan wakil daripada Sabah Association Of Tour And Travel Agents(SATTA),Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Sri Pelancongan Sabah,Institute Development Studies Sabah(IDS), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Balai Seni Lukis Sabah dan juga DBKK.

IMG 20180719 WA0060

Perjalanan yang mengambil masa dua jam ini bermula pada jam 9:00 pagi menuju ke Jalan Gaya untuk melihat dan juga sesi penilaian oleh pengadil lukisan mural yang telah dibuat oleh peserta Pertandingan Melukis Mural 2D/3D(KK Street Art Competition) Di Bandaraya Kota Kinabalu untuk tandas-tandas awam disekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Sebanyak 15 ‘bin centre’ disekitar Jalan Gaya,Atkinson Clock Tower, Segama, Sinsuran, Asia City, Terminal Bas sekitar Bandaran Berjaya dan Tanjung Lipat telah dipilih untuk pertandingan ini.Sebanyak RM8500 menanti pemenang pertandingan ini dengan Pemenang Pertama akan membawa pulang RM3500 beserta Sijil.

Rombongan ini seterusnya telah melalui Jalan Gaya, Atkinson Clock Tower seterusnya menaiki jejantas Segama untuk melihat sendiri penjual-penjual tempatan yang berniaga hasil kraftangan tempatan. Perjalanan diteruskan ke kawasan Sinsuran dan singgah di Kadaiku untuk melihat hasil kraftangan tempatan.

Rata-rata yang menyertai ‘ walking tour’ ini amat gembira dan berpuas hati kerana berpeluang untuk turut serta mengikuti perjalanan ini walaupun ‘terpaksa’ meredah matahari yang amat terik sekali.

IMG 20180719 WA0059
IMG 20180719 WA0058IMG 20180719 WA0061


Pautan

FBDBKK LogoAntiKutuSampah RekaDBKK   

 logokoperasidbkk

Info Semasa

 

Kepada Pengguna e-Cukai DBKK,

BERITA BAIK!  e-Cukai DBKK versi IOS boleh didapati sekarang dari Apple App Store.

Dear e-Cukai DBKK User,
GOOD NEWS!  e-Cukai DBKK IOS version is now available on Apple App Store.


Harap maklum dan terima kasih.

 

Jabatan Teknologi Maklumat DBKK
-------------------------------------------------------------------------------

E-CUKAI

Manual E-Cukai ->klik untuk muat turun

Brosur E-Cukai ->klik untuk muat turun

Statistik Pengunjung

137416
Hari IniHari Ini421
SemalamSemalam755
Minggu IniMinggu Ini2285
Bulan IniBulan Ini9576
Jumlah PelawatJumlah Pelawat137416

Hubungi Kami

DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
No.1, Jalan Bandaran,
88675 Kota Kinabalu, Sabah.

Talian Am: 088-521800
Fax: 088-219175


Tingkat 7,
Bangunan Centre Point Sabah 
88000 Kota Kinabalu

Talian Am: 088-244000
Fax088-231004

Aduan Awam: 
       088-210011 
       010-2222000 (WhatsApp)

 E-mel:
webmaster@dbkk.sabah.gov.my

Aplikasi DBKK eCukai

dbkkecukai