Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Sabah Construction and Domestic Waste Association akan menganjurkan bersama sambutan Hari Bumi yang jatuh pada hari Sabtu ini, 22 April, bermula jam 1.00 petang di Aras Bawah, Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu.

Menurut Pengarah Jabatan Penyelidikan & Inovasi, DBKK, En. Benedick Oliver Lidadun, antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya memelihara alam sekitar dan melindungi bumi. Ia juga mengajak orang awam untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam mengamalkan gaya hidup hijau sebagai usaha dan sumbangan kepada generasi akan datang.  Acara ini dijangka dirasmikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

Beberapa aktiviti  akan dilaksanakan iaitu pameran dan  jualan baja vermikompos, ’eco-candle’,  ”biodegradable plastic bag” , baju-t ’Earth Hour’, Effective Microorganism 1 (EM1) dan demo mengajar membuat air EMAS daripada sisa air beras. Disamping itu, satu replika besar planet bumi yang dihasilkan dari bahan kitar semula juga disediakan untuk paparan orang awam.

Selain itu, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang terbahagi kepada dua kategori iaitu 7 – 9  tahun dan 10 – 12 tahun juga akan diadakan dari jam 1.30 petang hingga 2.30 petang. Pendaftaran pertandingan mewarna akan dibuka pada jam 12 tengah hari bagi mereka yang berminat untuk menyertai.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Puan Salmah Batin di talian 088-244000 / 016-8374133.