Christmas, Communal, Cultural, Classical, Contemporary

Dewan Bandaraya Kota KInabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-gereja Sabah (MGGS) melalui Anglican Diocese of Sabah dan Gereja Methodist, akan menganjurkan bersama ‘Kota Kinabalu Christmas Celebration 2017’ (KKCC2017) yang memasuki edisi ke-13 tahun pada 11 – 14 Disember di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Bertemakan ‘God’s Love, Man’s Hope’, perayaan ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan perayaan Krismas tetapi pada masa sama menyemarakkan semangat perpaduan komuniti tanpa mengira kaum dan agama.

Berkonsepkan 5C’s iaitu Christmas, Communal, Cultural, Classic, Contemporary, KKCC2017 menampilkan pelbagai persembahan yang menarik menggabungkan unsur kebudayaan, klasik dan moden. Selain penglibatan gereja-gereja dari berbagai denominasi, para artis tempatan Sabah, artis undangan dari Indonesia, Sarawak dan Semenanjung Malaysia juga akan memeriahkan pentas KKCC2017. Penganjur juga turut menyediakan lebih kurang 300 gerai jualan sepanjang acara perayaan.

Majlis perasmian pada 11 Disember 2017 akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman. Melalui KKCC2017 juga, sebanyak 10 badan kebajikan akan menerima dana sumbangan untuk kelangsungan aktiviti masing-masing. Lima badan kebajikan akan menerima sumbangan pada majlis pembukaan dan lima lagi semasa majlis penutupan pada 14 Disember 2017.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Rev Canon Musa Ambai selaku Pengerusi bersama AJK KKCC2017 bagi pihak Sabah Council of Churches di talian 019-8321923 atau Neil Mah di talian 013-8798415.