JABATAN PENGADUAN DAN PERHUBUNGAN AWAM (JPPA)
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

Sejak Mei 2000, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah menggunapakai sistem ‘Environmental Improvement Monitoring System’ (EIMS) untuk mengurus aduan yang diterima daripada orang awam. Sistem EIMS ini diletakkan di bawah seliaan dan pemantauan Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Hal Ehwal Korporat.

Selaras dengan keperluan organisasi bagi memantapkan pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu demi untuk mencapai Visi dan Misinya, Bahagian Perhubungan Awam telah dinaiktaraf ke Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam pada 03 Januari 2017.

 

VISI JABATAN PENGADUAN DAN PERHUBUNGAN AWAM
Ke arah perkhidmatan Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam yang BERKUALITI dan BERINTEGRITI

 

MISI JABATAN PENGADUAN DAN PERHUBUNGAN AWAM
Memastikan semua program dan aktiviti JPPA dirancang dan dilaksanakan pada tahap CEMERLANG

 

FUNGSI JABATAN PENGADUAN DAN PERHUBUNGAN AWAM 

  • Menyelaras Aduan Awam
  • Perhubungan Awam / Media Massa
  • Menyelaras hebahan / publisiti
  • Merancang dan menyelaras Program Outreach DBKK
  • Merancang dan menyelaras lawatan kerja

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENGADUAN DAN PERHUBUNGAN AWAM

  • Memproses dan menyampaikan Aduan Awam kepada Jabatan berkenaan dan memberikan makluman kepada pelanggan dalam masa 24 jam.
  • Segala aduan dan permohonan akan disiasat, dilapor dan akan diberi maklumbalas serta-merta atau tidak melebihi lima (5) hari.
  • Menyelesaikan Aduan Awam dalam tempoh yang munasabah.
  • Menyelesaikan aduan kategori mudah dalam tempoh tidak melebihi 14 hari dan kategori rumit dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.