Sempena pembukaan Tamu Besar Tahun Baru Cina Segama, sesi penjualan borang tapak gerai akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 5 Feb 2024 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Astaka Padang Merdeka
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Pelesenan 088-521800 atau Bahagian Pengurusan Penjaja 011-25198664 untuk maklumat lanjut.

 

Untuk makluman, DBKK akan membuka dua lagi tapak Bazar Ramadan iaitu di Padang Merdeka dan Dewan Damai.

Sehubungan itu, permohonan menjaja di Bazar Ramadan khusus di tapak lot bazar PADANG MERDEKA dan DEWAN DAMAI akan dibuka secara dalam talian melalui pautan/link borang e-Bazar yang akan dikongsikan di Facebook rasmi DBKK pada 29 Januari 2024, jam 9.30 pagi.

Untuk makluman, permohonan menjaja di Bazar Ramadan seliaan DBKK akan dibuka secara dalam talian melalui pautan/link borang e-Bazar yang akan dikongsikan di Facebook rasmi DBKK bermula pada 16 hingga 18 Januari 2024 ini.

Sebagai persediaan awal, semua pemohon hendaklah menyediakan dokumen seperti salinan Sijil Kad Kesihatan yang masih sah, salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan, salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan oleh JPN dan sekeping gambar berwarna produk-produk jualan dalam bentuk digital (softcopy) untuk memudahkan pengisian borang e-Bazar tersebut di atas. Kegagalan tuan/puan untuk memuat naik dokumen yang telah ditetapkan akan menyebabkan pemohonan tuan/puan ditolak.

Tapak lot Bazar yang dibuka di bawah seliaan DBKK ialah Lintasan Deasoka, Indah Permai, Sembulan dan Tanjung Aru. Tapak lot adalah terhad, First Come First Serve. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Bahagian Pengurusan Penjaja di talian 011 25198664 pada waktu bekerja (8.00 pagi hingga 5.00 petang).

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin Samitah atas pelantikan sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu yang baharu.

Kajian Tahap Kepuasan Hati Pelanggan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk tahun kajian 2023 adalah salah satu pendekatan yang digunakan oleh Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk mengkaji sejauh manakah tahap kepuasan hati pelanggan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu terhadap penyampaian perkhidmatan yang diberikan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Makluman pembukaan Kaunter Pembayaran DBKK di Tingkat Bawah, Bangunan Ibu Pejabat DBKK dan Tingkat 6, Menara UTC pada hari Sabtu dan Ahad (kecuali Cuti Am) sepanjang bulan Disember 2023 untuk memudahkan pelanggan membayar cukai kadaran, memperbaharui lesen perniagaan dan lain-lain.

Sertai kami di Acara Berbasikal Bersama TYT pada 29 Oktober, 2023, Ahad ini sebagai tanda anda memilih untuk menjadi Warga Sihat Bandaraya Kota Kinabalu!!! Jumpa anda di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Imbas Kod QR yang tertera untuk mendapatkan laluan acara berbasikal tersebut.

Para peserta yang telah berdaftar bagi acara ini diminta untuk mengambil ‘race pack’ masing-masing pada 28hb Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Astaka Padang Merdeka bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Mary Elizabeth di talian : 019 869 6940 dan Encik Muhd. Uthman Sarimal di talian 016-8423924.



 
 

DBKK dengan sukacita menjemput semua untuk datang ke acara Street Strokes di Lorong Sentosa Kg. Air pada 21 dan 22 Oktober ini bagi menyaksikan momen signifikan perubahan wajah Lorong Sentosa Kg. Air yang diceriakan dengan lukisan mural oleh kolaborasi artis lokal dan antarabangsa.


Salam sejahtera warga bandar raya Kota Kinabalu!
Berita baik untuk anda.. Satu lagi pasar malam di pusat bandar akan dibuka dan menjadi tarikan baharu di KK untuk orang ramai santai dan makan-makan di malam hari.
Bandaran Night Market akan beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Khamis, dari jam 5.00 petang hingga 12.00 malam bermula 21 Ogos 2023 (Isnin) ini.
Bah! Jom datang kamu ramai-ramai ke Bandaran Night Market.
 
 
 

Ayuh sokong Kempen Perangi Lipas, Lalat, Tikus dan Nyamuk (LiLaTiN) anjuran DBKK yang akan dilancarkan pada 12 Ogos 2023, jam 7.00 pagi di Kawasan Parkir Berdepan Wisma Bandaraya, Jalan Padang.

DBKK akan membeli tikus dengan harga RM1 seekor, tidak kira hidup atau mati, yang penting tidak berbau busuk. Jangan lepaskan peluang ini, mari kita Hapuskan LiLaTiN.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah tahun 2023 yang akan diadakan pada 31 Julai 2023 bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 9.30 pagi bertempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah. Persembahan Sambutan Hari Pahlawan akan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen perbarisan dari Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi, Bacaan Sajak Pahlawan, Persembahan Khas yang dipimpin oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Pameran Pahlawan.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah tahun 2023 ini. Jumpa di Padang Merdeka Kota Kinabalu...

...

PROGRAM MALL HUNT SEMPENA KEMPEN BULAN KESEDARAN 'MY CITY, MY RESPONSIBILITY' 2.0
Tarikh: 29 Julai 2023
Masa: 10.00 pagi
Tempat : Suria Sabah

Maklumat terkini, yuran peserta akan dikembalikan sepenuhnya pada hari acara mengikut kepada TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN di dalam pautan di bawah.

Terhad kepada 50 kumpulan yang terawal mendaftar. PENDAFTARAN MALL HUNT https://forms.gle/f4xWx6fci1tUb5L96

Jom sertai Projek Anak Angkat atau Pertandingan KK Phone Booth Art Gallery 2023! Sila imbas kod QR pada brosur atau klik pautan di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan mengisi borang penyertaan sekiranya berminat.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia, Jabatan Pembangunan Pelancongan Bandaraya DBKK di talian 012-3484761.                                             
 
PERTANDINGAN KK PHONE BOOTH ART GALLERY 2023 (Creativity)
PROJEK ANAK ANGKAT KK PHONE BOOTH ART GALLERY 2023

Kaunter Pembayaran DBKK di Centre Point akan ditutup bermula hari ini JUMAAT 07/07/2023 sehingga kerja-kerja pembaikan selesai disebabkan oleh kebocoran paip kumbahan. Kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan. Hebahan akan dimaklumkan setelah kerja-kerja pembaikan selesai.

Walaubagaimanapun, pembayaran bil DBKK boleh dibuat melalui :
Portal DBKK e-Services, Aplikasi GO DBKK, Aplikasi SabahPay

Sebarang pertanyaan berkaitan bil cukai kadaran boleh menghubungi nombor :
012 – 889 1249, 012 – 897 1249 & 012 – 885 1249

Jom beramai-ramai ke Festival Kebudayaan dan Tradisional Makanan India ‘Transformasi Premis Makanan India’ pada 24 Jun 2023 (Sabtu) jam 12.00 tengah hari hingga 10.30 malam di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti gerai jualan makanan dan minuman, pameran serta pertandingan tebar roti canai, pertandingan menarik teh tarik dan potong bawang. Selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan dan nyanyian yang akan berlangsung sepanjang festival. Festival ini dianjurkan bersama oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS). Festival ini juga merupakan salah satu program di bawah komponen ‘Love Healthy KK’. Bawa bersama ahli keluarga anda dan rakan taulan ke festival ini yang julung kali diadakan di Lintasan Deasoka.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan usaha mendidik orang awam untuk menyedari bahawa kita berhak bersuara untuk udara yang bebas dari asap rokok

Ayuh sertai kempen ini Suarakan Hak Anda, Speakout!

Pelbagai acara dan pertandingan akan diadakan.

Scan Kod QR untuk mendaftar dan dapatkan hadiah lumayan.

#kekalaktiflupakanrokok
#BuskingSihatTanpaAsapRokok
#utamakanmakananbukanrokokdemikesihatan

 

ISTIMEWA UNTUK WARGA BANDARAYA - KARNIVAL KOMUNITI KEBUN BANDAR KOTA KINABALU 2023
Untuk keterangan lanjut, hubungi urus setia di Jabatan Landskap, DBKK (088-244000 sambungan 619)

  1. Notis Makluman Pengosongan Dan Penutupan Sementara Kawasan Tempat Letak Kereta Dan Jalan Di Jalan Gaya Dari Blok C Hingga D (Dari Guardian Store Hingga Jesselton Hotel) Sempena Api-Api Night Food Market Pada Setiap Hari Jumaat Dan Sabtu Bermula Dari 10hb Mac 2023
  2. Notis Penamatan Kemudahan Diskaun 50 Peratus Bagi Kompaun Undang-Undang Kecil (UUK) Tempat Letak Kereta (TLK) Dan Kupon Pada 31 Mac 2023 Bagi Pembayaran Melalui eServices

 

 

DBKK membuka kaunter jualan borang permohonan aktiviti Bazar Ramadan bagi tapak-tapak seliaan dibawah DBKK bermula 8 Mac 2023. Lot menjaja bazar adalah TERHAD. Terma dan syarat “first come first serve” bagi yang telah membuat bayaran caj lesen. Permohonan TIDAK AKAN DIPROSES / DITOLAK sekiranya borang dan dokumen TIDAK LENGKAP semasa menyerahkan permohonan dan jika lot bazar di kawasan yang dimohon telah habis dijual.

Program Yuk! tanam pokok adalah usaha DBKK melalui rangkaian Love KK menggunakan platform Love Green KK untuk menggalakkan penanaman pokok pelbagai jenis di dalam kawasan kita! Adalah menjadi matlamat kita sebagai WARGA KOTA KINABALU untuk menanamkan sekurang-kurangnya 4,000 (jumlah keseluruhan) pokok SETIAP tahun di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran menanam pokok sejumlah 1.3 juta pokok menjelang tahun 2033 di seluruh Sabah.

Jom sertai Program KK Clean Up Day sempena ❤KK pada 02 April 2022 bermula jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat penyertaan Program KK Clean Up Day boleh diisi di link yang disertakan di bawah pada 02 April 2022 bermula jam 7.00 pagi hingga 05.00 petang. Sijil Penyertaan akan diberikan.

https://forms.gle/WkmaRFHwojPrmqmb6

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk poster di bawah dan sebarang pertanyaan bolehlah hubungi urusetia di talian :
016 509 3913 (Puan Emily Maijil)
010 944 5377 (Puan Valentina Edwin)

 

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah membuka dua (2) tapak tamu baharu iaitu Tamu Lokal Kampung Kokol, Manggatal yang telah dirasmikan pada 20 November 2021 di Kampung Kokol, Manggatal dan Tamu Lokal Kampung Darau Laut, Manggatal yang telah dirasmikan pada 21 November 2021 di Kampung Darau Laut, Manggatal. Kedua-dua tamu lokal ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abidin Bin Madingkir JP, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Yang Bertanggungjawab Kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Objektif tamu lokal ini adalah sebagai platform terbaik buat masyarakat tempatan memasarkan hasil pertanian, penternakan dan hasil kraftangan serta seni budaya kaum. Seramai 30 orang penjaja terlibat bagi permulaan tamu ini yang memasarkan produk mereka sendiri seperti kuih kering, kerepek dan sayur-sayuran, hasil laut seperti ikan, kupang, ketam bakau dan udang air tawar di Tamu Lokal Kampung Darau Laut dan sayur-sayuran dan tanaman bukit di Tamu Lokal Kampung Kokol.

Iklan Sebut Harga


NO

TAJUK SEBUT HARGA

  IKLAN

 PAUTAN BORANG SARINGAN WAJIB

1

DBKK/JAPK/P/6/2021

MEMBINA BUMBUNG GELANGGANG FUTSAL SEDIA ADA SETERUSNYA UNTUK KEGUNAAN DEWAN TERBUKA KG. UNGGUN JAYA, SEPANGGAR


  

  https://forms.gle/1fPyv2rzxiCsmdsV7

2

DBKK/JAPK/P/7/2021

MEMBINA BUMBUNG GELANGGANG FUTSAL SEDIA ADA SETERUSNYA UNTUK KEGUNAAN DEWAN TERBUKA KG. TEBOBON, MENGGATAL

 

  https://forms.gle/8wPx3MjcurXJYKsb7

 

3

DBKK/JAPK/P/8/2021

PEMBAIKAN LANTAI GELANGGANG FUTSAL MEMBINA BUMBUNG SEDIA ADA, SETERUSNYA UNTUK KEGUNAAN DEWAN TERBUKA KG. KELIANGAU, MENGGATAL

 

   

 

 

 

 https://forms.gle/SijSZjzDo4TraevE6

 

4

DBKK/JPT/N/10/2021

PENYEDIAAN PERHENTIAN BAS DAN TEKSI DI BANDARAYA KOTA KINABALU

 

  

 

 https://forms.gle/LAGtFEPELFeBfVPXA

5

DBKK/JK/N/11/2021

MENAIKTARAF LAMPU JALAN, PANEL KAWALAN DAN SISTEM PENDAWAIAN DI KAWASAN PUSAT BANDAR (CENTRAL BUSINESS DISTRICT AREA), KOTA KINABALU SABAH

 

  

 

 

  https://forms.gle/pFk7isJiPpWXC9Zo6

 

6

DBKK/JL/N/12/2021

PROJEK PENGINDAHAN LANDSKAP JALAN-JALAN UTAMA KOTA KINABALU

 

  

 

  https://forms.gle/W1kZGza9CLaoP7zn7

7

DBKK/JK/N/13/2021

MENAIKTARAF PERUMAHAN SEWAAN (ERHP) TAMAN KERAMAT LIKAS

 

  

 

  https://forms.gle/gs5mpF7wAmkwov7HA

8

DBKK/JK/N/14/2021

MEMBINA TANDAS OKU DI DEWAN-DEWAN KAWASAN BANDARAYA KOTA KINABALU

 

  

 

 https://forms.gle/r4UiV628wNeTLjLK8

9

DBKK/JK/N/15/2021

PROJEK PENYELENGGARAAN-PENYELENGGARAAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN PENUTUP PARIT, SLAB DAN KAKI LIMA

 

 

  

 

 

  https://forms.gle/b7UbCCPW1447sky8A

 

 

 

Iklan Sebutharga

 

KENYATAAN KERJA UNDI SECARA DALAM TALIAN

Kenyataan kerja undi secara dalam talian ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor bumiputera yang berdaftar dengan PUKONSA dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Kelas  ,  Kepala, sub Kepala dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja berikut :-

BIL

BUTIR-BUTIR TAWARAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

TARIKH DAN WAKTU PENDAFTARAN

TARIKH, WAKTU DAN TEMPAT CABUTAN UNDIAN

1

MEMBAIKPULIH DAN MENYELENGGARA KELENGKAPAN INFRASTRUKTUR BANGUNAN PASAR BESAR KOTA KINABALU

 

NO. SEBUT HARGA : DBKK/JK/N/9/2021

PUKONSA

Kelas : F
Kepala II
Sub Kepala 8(b)

dan

CIDB
Pengkhususan : B24

 

 

 

 

 

 

 

30/06/2021 (Rabu)
Jam 4:30 Petang

 

sehingga

 

02/07/2021 (Jumaat)
Jam 4:30 Petang

 

Pendaftaran hendaklah dibuat secara dalam talian. Pautan bagi Borang Pendaftaran akan disiarkan/dibuka melalui tajuk dan no. sebut harga di Laman WEB rasmi DBKK ini.

Cabutan undian akan dibuat secara langsung melalui Facebook rasmi DBKK

 

Hebahan kontraktor yang layak untuk cabutan undian akan dibuat melalui e-mel pada

5 – 6 Julai 2021

 

Tarikh dan Waktu undian atas talian

Tarikh : 8 Julai 2021 (Khamis)

Masa : 10:00 Pagi

Tempat : Dewan Mesyuarat DBKK

2

MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DAN LALUAN PEJALAN KAKI DI TAMAN SRI GAYA, TAMAN DAI MING JALAN PENAMPANG DAN TAMAN MAYA KOTA KINABALU

 

NO. SEBUT HARGA : DBKK/JK/N/10/2021

PUKONSA

Kelas : F
Kepala I
Sub Kepala 1

dan

CIDB
Pengkhususan : C21

3

MEMBAIKPULIH DAN MENYELENGGARA KELENGKAPAN ELEKTRIK DI PASAR BESAR KOTA KINABALU

 

NO. SEBUT HARGA : DBKK/JK/N/11/2021

PUKONSA

Kelas : F
Kepala VII
Sub Kepala 1

dan

CIDB
Pengkhususan : E11

 

SYARAT-SYARAT MENYERTAI SESI UNDIAN

  1. Kontraktor diwajibkan memuat naik dokumen seperti berikut semasa pendaftaran secara dalam talian :
    a) Sijil Pendaftran dengan PUKONSA
    b) Sijil Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB)
    c) Sijil Pengiktirafan status taraf Bumiputera.
  2. Kontraktor yang berdaftar di daerah Kota Kinabalu sahaja Layak menyertai kerja undi ini.
  3. Kebenaran Khas tidak dibenarkan dalam penyertaan undian.
  4. Keputusan undian adalah muktamad.

 

Pengarah

Jabatan Perolehan Kontrak dan Tender
b.p MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU

 


 

Kenyataan kerja undi secara dalam talian ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PUKONSA berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja berikut :-

BIL

BUTIR-BUTIR TAWARAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

TARIKH DAN WAKTU PENDAFTARAN

TARIKH, WAKTU DAN TEMPAT CABUTAN UNDIAN

1

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB) PROGRAM BANTUAN BAIK PULIH RUMAH DAIF DI BANDAR FASA 1 TAHUN 2021

PBT : DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

SPKK

Gred : G1
Kategori : B

 

atau

 

PUKONSA

Kelas : F
Kepala II
Sub Kepala 8(b)

dan


CIDB
Pengkhususan : B24

 

 

 

 30/06/2021 (Rabu)

Jam 4:30 Petang

 

sehingga

 

02/07/2021 (Jumaat)

Jam 4:30 Petang

 

Pendaftaran hendaklah dibuat secara dalam talian. Pautan bagi Borang Pendaftaran akan disiarkan/dibuka melalui tajuk dan no. sebut harga di Laman WEB rasmi DBKK ini.

 

 

Cabutan undian akan dibuat secara langsung melalui Facebook rasmi DBKK

 

Hebahan kontraktor yang layak untuk cabutan undian akan dibuat melalui e-mel pada

5 – 6 Julai 2021

 

Tarikh dan Waktu undian atas talian

Tarikh : 8 Julai 2021 (Khamis)

Masa : 10:00 Pagi

Tempat : Dewan Mesyuarat DBKK

 

 

 

SYARAT-SYARAT MENYERTAI SESI UNDIAN

  1. Kontraktor diwajibkan memuat naik dokumen seperti berikut semasa pendaftaran secara dalam talian :
    a) Sijil Pendaftran dengan PUKONSA atau Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
    b) Sijil Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB)
    c) Sijil Pengiktirafan status taraf Bumiputera.
  2. Kontraktor yang berdaftar di daerah Kota Kinabalu sahaja Layak menyertai kerja undi ini.
  3. Kebenaran Khas tidak dibenarkan dalam penyertaan undian.
  4. Keputusan undian adalah muktamad.

 

Pengarah

Jabatan Perolehan Kontrak dan Tender
b.p MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU

 


 

 

 

 

 

 

Maklumat Tender Terdahulu

No. Tender Tajuk Tarikh Paparan

DBKK/T34/2019
(PERUNTUKAN PERSEKUTUAN)

PROJEK PENGALIHAN DAN NAIK TARAF INFRA-STRUKTUR SEDIA ADA DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL KAYU MADANG SABAH

10 Oktober 2019

 DBKK/T2/2017

PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM ANGGOTA JABATAN LANDSKAP DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

 7 Februari 2017

 

 Maklumat sebutharga terdahulu

NO
TAJUK PROJEK TRIKH PAPARAN
1

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER DARI PELBAGAI JENAMA UNTUK PENGGUNA DI PELBAGAI JABATAN DBKK

 25 Mei 2021
2

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR 30 SET KOMPUTER UNTUK PENGGUNA DI PELBAGAI JABATAN DBKK

 25 Mei 2021
3

MEMBEKAL DAN MENHANTAR 10 UNIT KOMPUTER RIBA UNTUK PENGGUNA DI PELBAGAI JABATAN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

25 Mei 2021 
4

PERKHIDMATAN PENGUTIPAN DAN PEMBERSIHAN SAMPAH DI 1 BORNEO UNTUK TEMPOH 12 BULAN

25 Mei 2021 
5

PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN PARIT DI TAMAN KURNIA JAYA, LIKAS KOTA KINABALU

 25 Mei 2021
6

PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMOTONGAN RUMPUT DI TAMAN KURNIA JAYA, LIKAS KOTA KINABALU

 25 Mei 2021
7

PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMOTONGAN RUMPUT DI TAMAN KERAMAT KOTA KINABALU

25 Mei 2021 
8

PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN PARIT DI TAMAN KERAMAT KOTA KINABALU

25 Mei 2021 
9

PEMBEKALAN KEPERLUAN ALAT TULIS DI PELBAGAI JABATAN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU BAGI TAHUN 2021

 25 Mei 2021
10

PERKHIDMATAN PEMBEKALAN PERABOT UNTUK DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

25 Mei 2021 
11

PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN CCTV (JABATAN PENGURUSAN DAN PERHUBUNGAN AWAM, JABATAN HAL EHWAL KORPORAT, RUANG TAMU TINGKAT SATU IBU PEJABAT, PEJABAT NURSERI DBKK

25 Mei 2021 
12

NAIKTARAF JALAN RAYA GRAVEL KE JALAN KONKRIT KG. KEBAYAU, TELIPOK

 25 Mei 2021
13

NAIKTARAF JALAN KONKRIT DI JALAN NAHABA KG. TALUNGAN, TELIPOK

25 Mei 2021 
14

NAIKTARAF JALAN KONKRIT KG. RATAU, MANGGATAL, KOTA KINABALU

25 Mei 2021 
15

MENAIKTARAF JALAN RAYA KAMPUNG PULAU PENAMPANG KOTA KINABALU

25 Mei 2021 
16

MEMBINA JALAN RAYA KONKRIT DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KG. TALUNGAN TELIPOK

25 Mei 2021 
17

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN PUSAT-PUSAT PEMBUANGAN SAMPAH

25 Mei 2021 
18

CADANGAN MEMASANG BOOM TRAP DI SUNGAI SEMBULAN

 25 Mei 2021

 

No. Sebutharga
Tajuk Tarikh Paparan
 

DBKK/JPT/N/1/2021

PENYELENGGARAAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN JALANRAYA DI KAWASAN PERUMAHAN BANDARAYA KOTA KINABALU

4 Mei 2021

 

DBKK/JTM/N/2/2021

PROJEK PEMBAIK-PULIHAN SISTEM-SISTEM CCTV DI KAWASAN BANDARAYA KOTA KINABALU

4 Mei 2021

 

DBKK/JPT/N/4/2021

MEMBINA JALAN RAYA DAN KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI KAWASAN LUAR BANDAR KOTA KINABALU

4 Mei 2021

 

DBKK/JKsM/P/9/2021

SELENGGARA TITIAN PEJALAN KAKI KAYU DI KG LOBONG PULAU GAYA, SABAH

4 Mei 2021

 

DBKK/JK/P/10/2021

SELENGGARA TITIAN PEJALAN KAKI KAYU DI KG KASUAPAN PULAU GAYA, SABAH

4 Mei 2021

 

DBKK/JK/P/11/2021

SELENGGARA TITIAN PEJALAN KAKI KAYU DI KG LOK URAI LAUT PULAU GAYA, SABAH

4 Mei 2021

 

DBKK/JK/P/12/2021

SELENGGARA JETI DI KG KASUAPAN PULAU GAYA

4 Mei 2021

 

DBKK/JK/P/14/2021

CADANGAN PENCAHAYAAN DI JALAN KG. WARISAN, INANAM DI BAWAH PROGRAM BANDAR SELAMAT DBKK 2020

4 Mei 2021

 

DBKK/JPT/P/15/2021

CADANGAN PENGASINGAN LALUAN PEJALAN KAKI DARI LALUAN BERMOTOR KAWASAN KG. WARISAN, INANAM, KOTA KINABALU DIBAWAH PROGRAM BANDAR SELAMAT 2020

4 Mei 2021

 

DBKK/JPT/P/16/2021

CADANGAN PEMBINAAN BARU REDAAN TRAFIK DI KAWASAN KG. WARISAN INANAM, KOTA KINABALU DIBAWAH PROGRAM BANDAR SELAMAT 2020

4 Mei 2021

 

DBKK/JK/D/5/2021

PEMBEKALAN BATU KELIKIR BERUKURAN 4~5 INCI SEBANYAK 2870 TAN METRIK UNTUK MENYELENGGARA JALAN-JALAN DI DALAM TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL KAYU MADANG, TELIPOK

4 Mei 2021

 

DBKK/JPSP/D/6/2021

PEMBEKALAN TONG-TONG SAMPAH DAN PERALATAN BERKAITAN PEMBERSIHAN PUSAT PELUPUSAN SAMPAH

4 Mei 2021

 

DBKK/BKKP/D/3/2021

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR CECAIR PEMBASMI KUMAN BAGI PENGURUSAN COVID-19 DEWAN BANDARAYA KOTA KINBALU

4 Mei 2021

 

No. Sebutharga Tajuk Tarikh Paparan
DBKK/JKPB/16/2017 PEMBEKALAN TONG SAMPAH DAN PERALATAN TONG SAMPAH
UNTUK DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
 03 Mei 2017
DBKK/JKPB/48/2017 PEMBEKALAN PLASTIK SAMPAH UNTUK JABATAN KESIHATAN
PERSEKITARAN BANDARAYA DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
 12 Jun 2017
DBKK/JKPB/49/2017 PERKHIDMATAN KONTENA RORO DI KG AIR SEMBULAN
UNTUK DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
 12 Jun 2017

 


Satu lagi kempen yang dilaksanakan oleh DBKK dalam menyahut cabaran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan - Kempen Premis Makanan Bersih PBT 2021. Anjung Senja menjadi pilihan untuk program ini bagi mencapai objektif kempen iaitu memastikan premis-premis makanan di medan selera bersih dan menyediakan makanan yang selamat untuk dimakan. #youmatter #kkbersih #ilovekk

TAHNIAH atas pelantikan Puan Noorliza Awang Alip sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu yang ke-6. Majlis penyampaian watikah pelantikan telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Ketua Menteri Sabah pada 28 Disember 2020.

Pada 28 Disember 2020, YBhg Datuk Haji Nordin Siman, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor sempena persaraan beliau.

Kunjungan hormat YBhg. Datuk Haji Nordin Siman Mayor Bandaraya dan isteri, Datin Hajah Surianih Binti Besri ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin sempena persaraan beliau. Kunjungan hormat berlangsung pada 22 Disember 2020 bertempat di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2020 Peringkat DBKK pada hari ini adalah anjuran SPRM dengan kerjasama DBKK dan Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM). Program ini yang dilaksanakan secara maya dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Nordin Siman, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Tuan Awang Samsul, Timbalan Pengarah SPRM Negeri Sabah dan Tuan Syaheddrul R. Joddari, Pengurus Besar SLDB selaku Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM). Turut hadir Puan Noorliza Awan Alip, Ketua Pengarah DBKK. Program ini turut dihadiri secara maya oleh semua Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai DBKK.

Notis Makluman kepada semua pemilik bangunan/premis kedai di pusat perniagaan (CBD) KOTA KINABALU digalakkan mengecat semula bangunan dan premis kedai bagi mengindahkan Bandaraya Kota Kinabalu.
 

Bersempena dengan "Upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah" yang akan diadakan di Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu pada 31hb Ogos 2019 (Sabtu), sebahagian jalan KK Times Square (Lorong sebelah kanan) dan Jalan Tun Fuad Stephens akan DITUTUP pada tarikh dan masa seperti berikut bagi memberi laluan kepada upacara persediaan perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.

"Penggunaan Kawasan Letak Kereta Bertingkat (KK sentral) Sempena Upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 Pada 31 Ogos 2018"

Seperti juga tahun-tahun sebelum ini, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan menyediakan sebanyak 22 tapak Bazaar Ramadan sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.  Kawasan-kawasan tersebut termasuklah di Lintasan Deasoka, Sembulan, Asia City, Wisma Merdeka, Indah Permai, Giant Kolombong, City Mall, Pekan Manggatal, Kingfisher, Teluk Awam Teluk Likas, Sulaman Central, University Plaza, Bukit Padang, Pekan Tanjung Aru, QEH1, Pekan Inanam, Kepayan Ridge dan Inanam Point.

logodbkkKENYATAAN AKHBAR
PROGRAM MINGGU MEMBAYAR CUKAI PINTU DAN INSENTIF KHAS

Pihak DBKK akan mengadakan Program Minggu Membayar Cukai Pintu dari 5hb hingga 11hb April 2018 dengan insentif khas potongan 100% ke atas caj faedah dan notis pemberitahuan dengan syarat pembayaran sekali gus dilaksanakan ke atas amaun tunggakan cukai. Walau bagaimanapun insentif ini tidak melibatkan akaun yang berstatus dalam tindakan undang-undang.

Selain daripada itu, pembayar cukai yang membayar cukai semasa bakal menerima bag plastik biodegradable 'Anti Kutu Sampah' secara percuma sebagai tanda penghargaan membayar cukai pintu mereka pada setiap tahun.

Kota Kinabalu: The Chinese New Year Carnival will be held from 10 – 12 February 2018 at Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

The carnival is jointly organised by Kota Kinabalu City Hall and the Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS) and sponsored by the State Government and contributions by many donors.

Christmas, Communal, Cultural, Classical, Contemporary

Dewan Bandaraya Kota KInabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-gereja Sabah (MGGS) melalui Anglican Diocese of Sabah dan Gereja Methodist, akan menganjurkan bersama ‘Kota Kinabalu Christmas Celebration 2017’ (KKCC2017) yang memasuki edisi ke-13 tahun pada 11 – 14 Disember di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Bertemakan ‘God’s Love, Man’s Hope’, perayaan ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan perayaan Krismas tetapi pada masa sama menyemarakkan semangat perpaduan komuniti tanpa mengira kaum dan agama.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Manggatal (MGGM) sekali lagi bekerjasama menganjurkan Perayaan Krismas Manggatal pada 8 hingga 10 Disember 2017, bertempat di Dewan Masyarakat Manggatal dan Padang Bola Sepak di Pekan Manggatal.

Pelbagai acara menarik disediakan termasuklah persembahan pentas daripada pelbagai gereja di sekitar Manggatal serta hiasan Krismas yang bakal menerangi Pekan Manggatal. Persembahan khas pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Sabah daripada Timor-Leste bakal menyerikan acara Majlis Perasmian dan Penutupan Perayaan Krismas ini.

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan “Program Galakan Membayar Cukai Kadaran Semasa 2018 dan Tunggakan Cukai Kadaran“ selama 3 bulan bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac 2018. Sepanjang tempoh program ini, pelbagai insentif diberikan oleh DBKK kepada pembayar Cukai Kadaran.

Maklumat Kempen Galakan Membayar Cukai Kadaran Semasa dan Tunggakan Cukai Kadaran 2018

 

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan mengadakan acara ‘Jom Berbasikal Bebas Sampah’ pada Sabtu ini, 21 Mei 2016 bermula jam 6.30 pagi di Pekarangan Bangunan DBKK.   

Acara ini diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-16 Bandaraya Kota Kinabalu dengan objektif untuk merealisasikan visi DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan selesa untuk didiami melalui Kempen Anti Kutu Sampah.