Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

sticker3

sticker5

sticker7

Laman Utama

PERTANDINGAN UNDUK NGADAU KAAMATAN 2017  PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU

KOTA KINABALU: Bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan 2017 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu pada 18 – 20 Mei 2017 di Padang Merdeka, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menganjurkan Pertandingan Unduk Ngadau untuk memilih Unduk Ngadau yang akan mewakili Bandaraya Kota Kinabalu dan Likas ke Pertandingan di Peringkat Negeri pada 30 dan 31 Mei 2017.

Sesi penapisan untuk memilih 15 orang peserta akhir untuk pertandingan ini akan diadakan pada Sabtu ini, 22 April 2017, bermula jam 9 pagi di Dewan Mesyuarat, tingkat 1, Ibu Pejabat DBKK.

 Mereka yang berminat hendaklah membawa salinan asal kad pengenalan, sijil lahir dan gambar saiz 4R. Pakaian semasa peringkat penapisan adalah t-shirt ’body-fitting’ berwarna hitam dan seluar ‘jeans’.  Peserta juga hendaklah bersolek dan rambut bersanggul serta membawa bersama baju tradisi untuk tujuan sesi bergambar.  

Antara syarat pertandingan adalah penyertaan terbuka kepada gadis warganegara Malaysia, bukan beragama Islam dan belum berkahwin dari suku kaum Kadazandusun/Murut, Sino KDM atau kacukan Kadazandusun/Murut yang berasal dari Sabah serta menetap atau bekerja di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

Peserta hendaklah berumur 18 – 25 tahun pada 1 Januari 2017 (lahir pada atau selepas 1 Januari 1992 dan pada atau sebelum 31 Disember 1999) dan berketinggian tidak kurang dari 5' 2". Peserta yang masih bersekolah haruslah mengemukakan surat kebenaran dari pihak sekolah atau institusi pengajian tinggi.  

Borang penyertaan boleh diperolehi daripada Pejabat DBKK atau melalui laman sesawang www.dbkk.sabah.gov.my. Untuk pertanyaan, hubungi Victor Gerard melalui talian 019-8806637 dan Joanna Goh (014-3564228).  Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 April 2017.

BANDARAYA BERKEMBAR KOTA KINABALU