Kajian Tahap Kepuasan Hati Pelanggan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk tahun kajian 2023 adalah salah satu pendekatan yang digunakan oleh Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk mengkaji sejauh manakah tahap kepuasan hati pelanggan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu terhadap penyampaian perkhidmatan yang diberikan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Makluman pembukaan Kaunter Pembayaran DBKK di Tingkat Bawah, Bangunan Ibu Pejabat DBKK dan Tingkat 6, Menara UTC pada hari Sabtu dan Ahad (kecuali Cuti Am) sepanjang bulan Disember 2023 untuk memudahkan pelanggan membayar cukai kadaran, memperbaharui lesen perniagaan dan lain-lain.

TAHNIAH atas pelantikan Puan Noorliza Awang Alip sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu yang ke-6. Majlis penyampaian watikah pelantikan telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Ketua Menteri Sabah pada 28 Disember 2020.

Pada 28 Disember 2020, YBhg Datuk Haji Nordin Siman, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor sempena persaraan beliau.

Kunjungan hormat YBhg. Datuk Haji Nordin Siman Mayor Bandaraya dan isteri, Datin Hajah Surianih Binti Besri ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin sempena persaraan beliau. Kunjungan hormat berlangsung pada 22 Disember 2020 bertempat di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2020 Peringkat DBKK pada hari ini adalah anjuran SPRM dengan kerjasama DBKK dan Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM). Program ini yang dilaksanakan secara maya dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Nordin Siman, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Tuan Awang Samsul, Timbalan Pengarah SPRM Negeri Sabah dan Tuan Syaheddrul R. Joddari, Pengurus Besar SLDB selaku Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM). Turut hadir Puan Noorliza Awan Alip, Ketua Pengarah DBKK. Program ini turut dihadiri secara maya oleh semua Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai DBKK.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Manggatal (MGGM) sekali lagi bekerjasama menganjurkan Perayaan Krismas Manggatal pada 8 hingga 10 Disember 2017, bertempat di Dewan Masyarakat Manggatal dan Padang Bola Sepak di Pekan Manggatal.

Pelbagai acara menarik disediakan termasuklah persembahan pentas daripada pelbagai gereja di sekitar Manggatal serta hiasan Krismas yang bakal menerangi Pekan Manggatal. Persembahan khas pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Sabah daripada Timor-Leste bakal menyerikan acara Majlis Perasmian dan Penutupan Perayaan Krismas ini.

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan “Program Galakan Membayar Cukai Kadaran Semasa 2018 dan Tunggakan Cukai Kadaran“ selama 3 bulan bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac 2018. Sepanjang tempoh program ini, pelbagai insentif diberikan oleh DBKK kepada pembayar Cukai Kadaran.

Maklumat Kempen Galakan Membayar Cukai Kadaran Semasa dan Tunggakan Cukai Kadaran 2018

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah membuka dua (2) tapak tamu baharu iaitu Tamu Lokal Kampung Kokol, Manggatal yang telah dirasmikan pada 20 November 2021 di Kampung Kokol, Manggatal dan Tamu Lokal Kampung Darau Laut, Manggatal yang telah dirasmikan pada 21 November 2021 di Kampung Darau Laut, Manggatal. Kedua-dua tamu lokal ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abidin Bin Madingkir JP, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Yang Bertanggungjawab Kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Objektif tamu lokal ini adalah sebagai platform terbaik buat masyarakat tempatan memasarkan hasil pertanian, penternakan dan hasil kraftangan serta seni budaya kaum. Seramai 30 orang penjaja terlibat bagi permulaan tamu ini yang memasarkan produk mereka sendiri seperti kuih kering, kerepek dan sayur-sayuran, hasil laut seperti ikan, kupang, ketam bakau dan udang air tawar di Tamu Lokal Kampung Darau Laut dan sayur-sayuran dan tanaman bukit di Tamu Lokal Kampung Kokol.

Christmas, Communal, Cultural, Classical, Contemporary

Dewan Bandaraya Kota KInabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-gereja Sabah (MGGS) melalui Anglican Diocese of Sabah dan Gereja Methodist, akan menganjurkan bersama ‘Kota Kinabalu Christmas Celebration 2017’ (KKCC2017) yang memasuki edisi ke-13 tahun pada 11 – 14 Disember di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Bertemakan ‘God’s Love, Man’s Hope’, perayaan ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan perayaan Krismas tetapi pada masa sama menyemarakkan semangat perpaduan komuniti tanpa mengira kaum dan agama.