Date/ Time: 1st November 2014, Saturday
Current Weather: Mostly Cloudy,  Temp: 26°C,  Wind: 9.66km/h
Tender and Notices


NO. SEBUTHARGA       :           DBKK/JKOM/54/2009
 
TAJUK                           :          SEBUTHARGA BAGI PEMBELIAN KOMPUTER DAN PENCETAK UNTUK DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU  
 
 
1.     Sebutharga adalah dipelawa daripada syarikat yang berdaftar dengan PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH (PMS) atau PUKONSA yang masih sah pendaftarannya dibawah Kod Bidang 210100 ATAU 210101 (PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER)
 
2.     Borang Sebutharga berserta butir-butir lanjut boleh diperolehi di Unit Perolehan Kontrak Dan Tender DBKK, Tingkat 7, Bangunan Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah.  Dokumen Sebutharga akan mula dijual pada 20 Julai 2009 dan ditutup pada 28 Julai 2009 Dokumen Sebutharga tidak akan dijual selepas tarikh tersebut.
 
3.     Dokumen sebutharga ini boleh didapati dengan harga RM20.00 (tidak dikembalikan) dan resit pembayaran hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi.
 
4.       Dokumen sebutharga akan dikeluarkan kepada kontraktor atau wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor atau wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa Lesen Perniagaan dan sijil PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh PUKONSA/PMS. Semua sijil berkenaan hendaklah disertakan dengan salinan untuk tujuan simpanan Unit ini.
 
5.       Semua Dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan pendaftaran PUKONSA/PMS dan dimasukkan ke dalam sampul berlakri yang ditanda Nombor dan Tajuk sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan dialamatkan kepada:
 
Pengerusi,
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
No. 1 Jalan Bandaran
88675 KOTA KINABALU
 
6.       Sebutharga mestilah sampai dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di:
 
TINGKAT BAWAH,
BANGUNAN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU,
NO.1, JALAN BANDARAN, 88675 KOTA KINABALU, SABAH.
 
 
tidak lewat dari jam   12.00 tengahari pada 28 Julai 2009
 
 
Ketua Unit Perolehan Kontrak dan Tender
b.p MAYOR BANDARAYA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
Search DBKK Website:
Newsletter Sign Up
Receive information on the latest Event and happening here!
Look Up