Kota Kinabalu City Hall
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,
No.1 Jalan Bandaran, 88675 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
Tel: (+6088) 521 800 Fax: 219175
Date/ Time: 3rd September 2010, Friday
Current Weather: Mostly Cloudy,  Temp: 25°C,  Wind: 9.66km/h
Cukai Pintu
Warga Kota Kinabalu terutamanya kepada pemilik-pemilik harta di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dinasihatkan untuk membuat semakan dan mengemaskini rekod Cukai Taksiran dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk mengelakkan masalah tunggakan cukai. Berikut adalah beberapa maklumat untuk menjawab soalan-soalan biasa mengenai Cukai Taksiran.
APA ITU CUKAI TAKSIRAN?
Cukai Taksiran atau cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas harta yang terletak di dalam kawasan perkadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan (1961) Bahagian 10(X) ke 12 (XII), seperti:-
·        Rumah kediaman (rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, rumah teres, banglo, rumah kedai dan lain-lain);
·        Harta perniagaan/perusahaan (kedai, kilang, stesen minyak, gudang, hotel, panggung wayang, bengkel, bangunan pejabat dan lain-lain);
·         Tanah kosong.
 
MENGAPA CUKAI TAKSIRAN DIKENAKAN?
 
Cukai taksiran dikenakan bagi membiayai:
·        Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak dan tempat rekreasi, pasar dan sebagainya;
·        Pembersihan kawasan perumahan/perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam;
·        Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya.
·         Penyediaan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan.
·         Pembangunan kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
 
Kesemua ini adalah untuk kesejahteraan rakyat khususnya penduduk-penduduk kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
 
BAGAIMANA CUKAI TAKSIRAN DIKIRA?
Formula kiraan cukai taksiraan adalah berikut:-
 
Nilai harta yang boleh dikenakan cukai  X  %  kadar   =   Kadar Taksiran yang harus dibayar
 

BILAKAH CUKAI TAKSIRAN PATUT DIBAYAR?
 
Cukai Taksiran perlu dibayar empat (4) kali setahun iaitu:-
·         Suku Tahun Pertama di antara 1 Januari hingga 31 Mac.
·         Suku Tahun Kedua di antara 1 April hingga 30 Jun
·         Suku Tahun Ketiga di antara 1 Julai hingga 31 September.
·         Suku Tahun Keempat di antara 1 Oktober hingga 31 Disember.


APAKAH YANG PERLU DIBUAT SEKIRANYA BIL TIDAK DITERIMA?
 
Anda boleh datang sendiri atau menghubungi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dalam tempoh pembayaran dengan membawa butir-butir harta anda atau salinan resit lama yang pernah dibayar.
 
APAKAH YANG TERJADI KEPADA PEMILIK HARTA JIKA TIDAK MENJELASKAN CUKAI DALAM TEMPOH BAYARAN TERSEBUT?
 
·       Denda 2% dari tunggakan akan dikenakan pada setiap suku.
·       RM5.00 akan dikenakan untuk notis pemberitahuan bagi setiap suku.
  •  Tindakan mahkamah.
APAKAH YANG PERLU DIBUAT JIKA ANDA MENJUAL/MENUKAR MILIK/MEWARISKAN BANGUNAN/TANAH?
 
·         Memaklumkan Bahagian Penilaian, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
·         Sertakan salinan geran hakmilik yang mempunyai nama pembeli atau perjanjian jual beli.
·         Sertakan salinan resit cukai taksiran terbaru yang telah dijelaskan
 
JIKA PEMILIK TIDAK MAMPU MENJELASKAN TERUS TUNGGAKAN,
BOLEHKAN DIJELASKAN SECARA ANSURAN?
 
Pemilik dinasihatkan supaya datang sendiri ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk membincangkan perkara ini dengan Akauntan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Permohonan akan dipertimbangkan.
 
APAKAH KEMUDAHAN PEMBAYARAN YANG ADA?
 
·        Bayaran boleh dijelaskan melalui cek dan kiriman wang pos di atas nama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Ianya hendaklah diposkan secara berdaftar dengan menuliskan nama, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan nombor akaun di belakang cek. Sila sertakan butiran mengenai harta dan lampirkan salinan resit cukai taksiran lama yang sudah dibayar.
·         Bayaran juga boleh dibuat dengan ‘auto-biling’ melalui AMEX, MBF, Kad Kredit, VISA Master Card dan Call & Pay - MBF.
 
DIMANA IANYA BOLEH DIBAYAR?
 
Kaunter
Hari
Masa
Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Isnin - Jumaat
07.30 am - 04.00 pm
Dewan Serbaguna
Isnin - Khamis
08.00 am - 12.00 pm
01.30 am - 03.30 pm
Jumaat
08.00 am - 11.00 am
01.30 pm - 03.30 pm
Tingkat 7 Center Point Sabah
Isnin - Khamis
08.00 – 01.00 am
02.00 – 03.30 pm
 
Jumaat
08.00 am - 11.30 am
02.00 pm - 03.30 pm
 
Kaunter bayaran setempat yang lain:
 
1
Pejabat Pos Kota Kinabalu
9
Pejabat Pos Inanam
2
Pejabat Pos Karamunsing
10
Jabatan Kerja Raya Kota Kinabalu
3
Pejabat Pos Likas
11
Pejabat Jabatan Air
4
Pejabat Pos Federal House
12
Ibu Pejabat Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)
5
Pejabat Pos Yayasan Sabah
13
Pejabat SESB Central
6
Pejabat Pos Penampang
14
Pejabat SESB Inanam
7
Pejabat Pos Bangunan Urusetia
15
Kedai Telekom Sadong Jaya
8
Pejabat Pos Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
16
SESB di Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB)
 
NOTIS KEPADA PEMBAYAR CUKAI
 
1
Rebet akan diberikan jika cukai tahunan dibayar sepenuhnya pada atau tahun sebelum 31hb Mac
                                     5%
2
Diskaun diberikan sekiranya tunggakan cukai kadaran dijelaskan sekaligus
Notis Pemberitahuan     100%
Faedah                          50%
3
Diskaun diberikan sekiranya tunggakan cukai kadaran dijelaskan 2 kali
Notis Pemberitahuan     100%
Faedah                          25%
 
UNTUK KETERANGAN/PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI:-

 088-521758
 088-521759
Search DBKK Website:
Newsletter Sign Up
Receive information on the latest Event and happening here!
Look Up