Date/ Time: 17th May 2012, Thursday
Current Weather: Mostly Cloudy,  Temp: 33°C,  Wind: 4.83km/h
DBKK News
05-01-2011
MAKLUMAN KEPADA PEMBAYAR CUKAI KADARAN DALAM KAWASAN PERKADARAN KOTA KINABALU

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan mengadakan Program Galakan Membayar Cukai Kadaran Semasa 2011 dan Tunggakan Cukai Kadaran selama 3 bulan bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac 2011. Sepanjang tempoh program galakan ini, pelbagai insentif diberikan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kepada pembayar cukai kadaran seperti berikut:-
 
1 CUKAI SEMASA

Rebet untuk mereka yang membayar cukai kadaran semasa setahun bagi 2011, jika dijelaskan sekaligus sebelum atau pada 31 Mac 2011.

5 %

2

TUNGGAKAN CUKAI

Diskaun untuk mereka yang membayar tunggakan cukai kadaran sekaligus dan sehingga Suku 4/2011 untuk:

* Notis Pemberitahuan
* Faedah






100%
75%



Sepanjang tempoh program ini juga, kaunter-kaunter pembayaran akan dibuka pada setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad di kaunter-kaunter berikut:

No

KAUNTER BEROPERASI

ISNINJUMAAT

SABTU & AHAD

1 Kaunter Utama Tingkat Bawah, Bangunan DBKK (kaunter akan beroperasi pada Sabtu dan Ahad bermula pada 15/1/2011 hingga 31/3/2011)

Jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Jam 8.00 pagi - 1.00 petang

2 Kaunter Pembayaran Damai, Luyang (kaunter akan beroperasi pada Sabut dan Ahad bermula pada 15/1/2011 hingga 31/3/2011)

Jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang

Jam 8.00 pagi - 1.00 petang

3 Kaunter Pembayaran Tingkat 7, Centre Point Sabah (kaunter TIDAK beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad)

Jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang


Bayaran juga boleh dibuat secara:-
 
 
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengucapkan terima kasih atas kerjasama anda untuk membayar cukai kadaran mengikut tempoh yang ditetapkan supaya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien.
 
Silalah ambil peluang ini untuk menjelaskan tunggakan cukai kadaran dan mengemaskini rekod cukai kadaran lebih awal untuk mengelakkan dikenakan:-
 
  • Penalti/caj lewat bayar
  • Ketidak selesaan membayar di saat-saat akhir
 
Untuk sebarang pertanyaan berhubung program ini, silala berhubung dengan pegawai-pegawai berikut pada waktu-waktu pejabat:-

No NAMA PEGAWAI NO. TELEFON
1 Encik Benjamin Koh 088 – 521897
2 Puan Maureen Sylvester 088 – 521757
3 Puan Mary Abas 088 – 521896
4 Puan Rasiah Amin 088 – 521897

 
”TERIMA KASIH KERANA MENJELASKAN CUKAI KADARAN ANDA
 
  
  
(DATUK ILIYAS IBRAHIM)
MAYOR
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
Left Back
Search DBKK Website:
Newsletter Sign Up
Receive information on the latest Event and happening here!
Look Up