Jom sertai Pertandingan Fotografi Pelancongan Bandaraya Kota Kinabalu 2009. Tarikh tutup: 25 Januari 2010.
Pertandingan Fotografi Pelancongan Bandaraya Kota Kinabalu 2009 kini dibuka untuk penyertaan! Pertandingan Fotografi ini adalah anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dengan sokongan Sabah Professional Photographers’ Society. Antara objektif pertandingan ini ialah untuk mengumpul dan merangsang idea-idea yang bernas dan kreatif, serta mendapatkan perspektif umum terutamanya generasi muda terhadap pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu secara amnya (transformasi Bandaraya Kota Kinabalu “Dulu dan Kini”), dan pembangunan Industri Pelancongan di Kota Kinabalu secara khasnya.
Tema Pertandingan adalah “Kota Kinabalu: Colours of Harmony” dan terbahagi kepada 4 tajuk iaitu:
Tajuk Fotografi: 1. Lifestyle ( People ) / Cara Hidup Warga Kota Photos that depict the lifestyle of Kota Kinabalu City folks as they go through their daily lives . Merangkumi foto-foto yang menunjukkan kehidupan warga Kota Kinabalu dan yang boleh menggambarkan kehidupan harian individu, keluarga atau rakan di samping gambar-gambar yang diambil secara spontan atau kandid. 2. Culture / Budaya Photos that show the diverse culture in Kota Kinabalu City such as during festival, celebration or traditional ceremonies. Merangkumi foto-foto yang menunjukkan budaya warga Kota Kinabalu yang pelbagai kaum sama ada sewaktu perayaan, keraian atau upacara tradisional yang menekankan aspek kebudayaan. 3. Landscape ( Scenery ) / Landskap ( Pemandangan ) Photos that showcase Kota Kinabalu City beautiful scenery and colourful landscape that are protected from environmental pollution for the enjoyment of its communities. Merangkumi foto-foto yang menunjukkan pemandangan yang indah atau landskap Kota Kinabalu yang berwarna-warni dan terpelihara daripada pencemaran alam sekitar yang boleh dinikmati oleh warga kota. 4. ”Transformation of KK City, Past and Present” (Special Category in conjunction with 10th KK City Anniversary Celebration) “Transformasi Bandaraya Kota Kinabalu, Dulu dan Kini” (Kategori Khas Sempena Ulang Tahun ke-10 Bandaraya Kota Kinabalu)
Photos that showcase the development, changes and transformation of Kota Kinabalu City. Title of photography is open (I.e: Landscape development, development of services, smart-partnerships, eco-tourism, facilities and etc.) Peserta bagi kategori ini mesti menghantar dua buah gambar (dahulu dan kini) yang menunjukkan perubahan ataupun transformasi yang dialami oleh Bandaraya Kota Kinabalu. Tajuk bagi kategori ini adalah bebas (Contoh: Pembangunan landskap, pembangunan perkhidmatan, perkongsian pintar dan usahasama, pembangunan ekonomi pelancongan, kemudahan dan lain-lain).
Syarat-syarat Pertandingan adalah seperti berikut:
1. Terbuka kepada semua dan tiada had umur; 2. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar (tiada had penyertaan), walaubagaimanapun hanya satu gambar sahaja yang layak untuk dipilih sebagai pemenang; 3. Kategori khas sempena Ulang Tahun ke-10 Bandaraya Kota Kinabalu: “Transformasi Bandaraya Kota Kinabalu, Dulu dan Kini” – Pihak penganjur berhak membatalkan kategori ini jika bilangan peserta tidak mencecah 10 orang. 4. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana kategori pertandingan, jika tiada peserta yang layak menjadi pemenang. 5. Foto hendaklah hasil kerja sendiri dan belum menyertai mana-mana pertandingan serta belum disiarkan dalam mana-mana penerbitan; 6. Setiap gambar yang dihantar mesti disertakan dengan imej digital iaitu dalam bentuk CD ( softcopy ). Gambar yang ditambah baik menggunakan software adalah dibenarkan dan ukuran bagi setiap gambar adalah 12R; 7. Tarikh mula penyertaan ialah pada 25 Disember 2009 sehingga 25 Januari 2010 iaitu selama satu (1) bulan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Januari 2010, manakala tarikh pengadilan ialah pada 29 Januari 2010; 8. Semua foto-foto yang telah dipilih menjadi pemenang akan menjadi hak milik DBKK dan keputusan pengadil adalah muktamad; 9. Borang penyertaan dan maklumat pertandingan boleh didapati di i) Bahagian Pelancongan, Jabatan Hal Ehwal Korporat, Ting. 1, Ibu Pejabat DBKK (Tel: 088-521800); atau ii) Melalui laman web www.dbkk.sabah.gov.my (Link Form & Publication) 10. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut: - Bahagian Pelancongan, Jabatan Hal Ehwal Korporat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, No. 1, Jalan Bandaran, 88675 KOTA KINABALU (U.P: Pn. Fauziahton Ag. Samad/ Pn. Norsarahana Zaki)
Di bahagian kiri sampul surat hendaklah ditulis “Pertandingan Fotografi Pelancongan Bandaraya Kota Kinabalu 2009”; 11. Setiap penghantaran penyertaan hendaklah dikepilkan bersama borang penyertaan. Jika menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan, sila buat lampiran berasingan.
Hadiah-hadiah yang dipertandingkan ialah: Johan: RM 2000 + sijil Naib Johan: RM 1000 + sijil Tempat Ketiga : RM 500 + sijil Saguhati x 5 : RM 100 + sijil
Hadiah Kategori Khas (Transformasi Bandaraya Kota Kinabalu, Dulu dan Kini) Johan : RM 2500 + sijil Naib Johan : RM 1000 + sijil Tempat Ketiga : RM 800 + sijil Saguhati x 5 : RM 200 + sijil
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Fauziahton Ag. Samad (088-521777) / Norsarahana Zaki (088-521776) / Danny Kok (088-244000) / Victor Wah (088-233719)