Date/ Time: 18th March 2010, Thursday
Current Weather: Haze,  Temp: 33°C,  Wind: 8.05km/h
DBKK News
09-06-2009
PENUNDAAN PENGIKTIRAFAN TANJUNG ARU SEBAGAI PEKAN TANPA SAMPAH

No_image4calendar

KOTA KINABALU: Tarikh Majlis Pengiktirafan Pekan Tanjung Aru Sebagai Pekan Bebas Sampah yang sepatutnya diisytihar pada 5 Jun telah ditunda kepada bulan September 2009 untuk memberikan masa kepada kerja pembaikan dan penaiktarafan pekan berkenaan yang melibatkan pembaikan keadaan fizikal infrastruktur seperti perhentian bas dan menyiapkan laluan kaki lima untuk pejalan kaki.

Pada masa yang sama, kerja-kerja menyiapkan projek kiosk di sebelah tandas awam Tanjung Aru juga akan dilaksanakan dan tindakan untuk membaiki arus trafik di pekan tersebut turut dikaji pada masa ini untuk menambah lagi 50 lot ruang letak kereta.

Bagi mencapai matlamat Pekan Tanpa Sampah, beberapa aktiviti akan diteruskan oleh DBKK di Pekan Tanjung Aru seperti Program Awareness Walk, tindakan penguatkuasaan, aktiviti membersih dan mengemas pasar, pembersihan parit, aktiviti membersih dan menaiktaraf tandas awam serta membersih dan mencuci premis perniagaan. Pemeriksaan premis makanan dan lesen perniagaan turut akan dijalankan dalam usaha untuk menjaga kualiti pengendalian makanan, kebersihan dan keteraturan premis-premis perniagaan di Pekan tersebut. Tindakan mencantikkan pekan seperti aktiviti mengindahkan taman, mengecat bangunan dan penggantian tong sampah juga akan dibuat.

Left Back
Search DBKK Website:
Newsletter Sign Up
Receive information on the latest Event and happening here!
Look Up