Kota Kinabalu City Hall
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
No. 1, Jalan Bandaran, 88675 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
Tel: (+6088) 521800 Fax: 219175
Date/ Time: 28th August 2008, Thursday
Current Weather: Mostly Cloudy,  Temp: 27°C,  Wind: 9.66kph
DBKK News
25-04-2008
BERSENAM SAMBIL BERKEMPEN

Bersenamv3

Acara bersenam sambil bergotong royong dan berkempen besar-besaran ini akan berjalan serentak di pusat bandaraya, pekan-pekan kecil, taman-taman perumahan, kampung-kampung, jalan-jalanraya, di laut dan di pulau-pulau, dan juga akan dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan gotong royong sambil berkempen yang teramai.

Acara ini terbuka kepada sesiapa sahaja, tidak ada batasan umur. Caranya mudah sahaja iaitu, dengan mendaftarkan nama anda dengan URUSETIA PENGANJUR (DBKK) dan sahkan penyertaan pada hari aktiviti dibuat kerana setiap penyertaan yang disahkan akan MENDAPAT KUPON PENYERTAAN UNTUK MELAYAKKAN ANDA CABUTAN TIKET BERTUAH.

Pusat aktiviti adalah di PADANG MERDEKA Kota Kinabalu dan beberapa kawasan lain yang telah dikenalpasti (Senarai kawasan boleh didapati daripada URUSETIA PENGANJUR). Anda juga boleh menentukan kawasan aktiviti anda, seperti di Sekolah, kawasan pejabat, malahan kawasan rumah sendiri, bagaimanapun sila maklumkan lokasi anda lebih awal kepada URUSETIA PENGANJUR. Aktiviti dijangka bermula pada jam 7.00 pagi.

SERTAILAH KEMPEN INI :-

1. Jangan buang sampah di merata tempat
2. Nasihat keluarga supaya tidak membuang sampah di merata tempat
3. Nasihat kawan dan sahabat – handai supaya tidak membuang sampah di merata tempat
4. Tegur sesiapa sahaja yang membuang sampah di merata tempat
5. Sertai acara “Bersenam Sambil Berkempen” ini pada 3 Mei 2008, jam 7.00 pagi di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Jainab Saidi / Puan Farahiyah Saibudin di talian 088-244000, Puan Mastika Jamjin di talian 088-521800 pada waktu pejabat. Fax penyertaan anda ke talian 088 – 248252.

Left Back
Newsletter Sign Up
Receive information on the latest Event and happening here!

 

Look Up