Date/ Time: 23rd April 2014, Wednesday
Current Weather: Mostly Cloudy,  Temp: 28°C,  Wind: 4.83km/h
DBKK News
16-04-2008
SEMINAR TRANSFORMASI MINDA TERHADAP KEBERSIHAN PERSEKITARAN

Pic1v1

DBKK kini sedang giat melaksanakan Kempen Anti Kutu Sampah secara besar-besaran untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai Bandaraya tanpa sampah. Kempen ini dijalankan secara serentak di darat, di laut dan juga di udara dengan bantuan pelbagai pihak seperti pihak Penguatkuasa DBKK bagi bahagian darat, daripada Navy, Polis Merin, Agensi Penguatkuasa Marin, Jabatan Laut dan Yatch Club bagi bahagian lautan, dan daripada Syarikat penerbangan MAS, Air Asia, Royal Brunei Alines dan Silk Air untuk pengumuman kepada penumpang kapal terbang sebelum mereka mendarat di lapangan antarabangsa kita.

Maka itu, sebagai tanda sokong Kempen Anti Kutu Sampah ini, DBKK bersama dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah akan menganjurkan seminar transformasi minda terhadap kebersihan persekitaran. Seminar ini akan diadakan pada 30 April 2008 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang di Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu Sabah. Pihak penganjur akan membariskan penceramah – penceramah professional dalam pembentangan kertas kerja dan Sidang Pleno. Antara penceramah yang dijangka membuat pembentangan kertas kerja ialah Datuk Dr. Chua Kim Hing, Datuk Seri Panglima Hj. Hassan Sandukong Alban, Datuk Sue Jayasuria, Prof.Datin Mariatie dan Ustaz Yazed Abbas. Antara objektif dalam seminar ini adalah :-

1. Memahami konsep dan falsafah transformasi minda zon tanpa sampah
2. Menghayati isu – isu, cabaran dan strategi dalam pengurusan persekitaran
3. Memahami peranan masyarakat dalam perkongsian tanggungjawab terhadap persekitaran
4. Membina rangkaian serta jalinan hubungan di antara peserta dalam pelaksanaan penguatkuasaan kebersihan.

Kumpulan sasaran seminar ini adalah Kumpulan Professional, Pegawai – Pegawai Pentadbiran, Ahli Akademik, Pengurus, Penolong Pegawai dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, IPTA, IPTS, Guru Besar, Pengetua, Pihak Berkuasa Tempatan, Pengerusi dan Setiausaha NGO’s, Pengerusi dan Setiausaha Persatuan – persatuan seperti Hotel, Pengangkutan, Pelancongan, Pekedai dan Penjaja serta Media.

Keterangan lanjut mengenai seminar ini boleh didapati dengan menghubungi Urusetia Penganjur di 088-244000 (Puan Jainab Saidi, Puan Rosna Ujum atau Puan Nur Syafiqah Aton Abdullah) pada masa-masa pejabat.

Untuk Borang Penyertaan, Muat-turun DI SINI

Left Back
Search DBKK Website:
Newsletter Sign Up
Receive information on the latest Event and happening here!
Look Up