Tarikh: 20th May 2013, Monday
Cuaca Terkini: Mostly Cloudy,  Suhu: 26°C,  Ribut: 9.66km/h
Lesen Anjing
Bagaimana untuk memohon Lesen Anjing?
 
Lesen Anjing boleh diperolehi di Pejabat Bahagian Kesihatan Umum, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Tingkat 7, Bangunan Centre Point Sabah.
 
Cara Bayaran
 
a)  
Bayaran mestilah dijelaskan di Kaunter DBKK, Ibu Pejabat / Centre Point Sabah
 
b)  
Bayaran lesen bagi seekor anjing ialah:
 - RM10.00 untuk betina
 - RM5.00 untuk jantan/Anjing Betina yang dikembiri (Sijil Kembiri dari Dr Haiwan mesti dikemukakan)
 
c)      
Lesen anjing dalam bentuk lencana akan diberikan dengan serta merta selepas bayaran pendaftaran dibuat.

Apa yang anda perlu tahu
 
a)
Lesen anjing mestilah diperbaharui pada tiap-tiap tahun iaitu sebelum 31 Januari.
 
b)
Semua anjing yang berumur 6 bulan dan lebih yang tidak memakai lencana lesen yang sah akan dimusnahkan.
 
c)
Berikanlah jagaan yang sempurna dan pastikan anjing anda sihat dari sebarang penyakit.
 
d)
Memvaksin anjing anda untuk mencegah penyakit dan dapatkanlah sijilnya daripada doctor veterinar.
 
e)
Sediakanlah kandang/kenel yang sesuai dan jagalah kebersihan anjing anda supaya bersih dari najis, air kencing sisa-sisa makanan dan sebarang punca kekotoran.
 
f)
Segala najis, air kencing dan lain-lain kekotoran daripada anjing hendaklah dihapuskan dengan sempurna.
 
g)
Mengawal dan menghindarkan dari mudarat alam sekitar dan orang awam.
  • Anjing tidak dibenarkan merayau-rayau di luar premis tanpa pengawasan
     
  • Anjing hendaklah dirantai lehernya semasa dibawa bersiar-siar.
     
  • Pastikan anjing anda tidak menyalak berterusan sehingga mengganggu jiran-jiran.
KAWASAN LARANGAN
 
Kawasan berikut adalah kawasan larangan untuk anjing:-
 
a.   
Restoran/premis makanan
 
b.
Kenderaan awam seperti bas, teksi, dan lain-lain
 
c.
Apartment/rumah pangsa
 
d.
Rumah ibadat
 
e.
Hospital/klinik (kecuali klinik haiwan)
 
f.
Tadika/sekolah dan pusat tuisyen
 
g.
Taman-taman rekreasi
 


TINDAKAN YANG BOELH DIAMBIL OLEH DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
 
(Jika anda didapati melanggar syarat yang ditetapkan)
 
a)
Mengkompaun
 
b)
Tindakan mahkamah
 
c)
Sekiranya didapati berkeliaran tanpa lesen atau tanpa pengawasan, anjing anda akan ditangkap dan dimusnahkan
 
 
Carian website DBKK:
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan