Lesen Iklan
APA YANG ANDA PATUT TAHU
- Sekiranya anda ingin mempamerkan sebuah iklan, anda diperlukan di bawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (Pengiklanan) 1983 untuk terutamanya mendapatkan lesen atau permit untuk berbuat demikian daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
JENIS IKLAN YANG DIPROSES
- Jenis iklan yang pada umumnya diproses oleh DBKK adalah sepanduk, banting, papan kenyataan dan tiang iklan, papantanda di bangunan dan tanda arah.
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON
· Borang permohonan (No. Borang: BPN.2/01) mesti diisi dengan lengkap dalam dua salinan. Borang permohonan adalah percuma dan boleh didapati daripada Bahagian Penilaian, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu atau download dari laman ini.
· Sampel iklan mesti dikemukakan bersama borang permohonan. Sampel ini mesti diendors terlebih dahulu oleh Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).
· Borang permohonan yang telah dilengkapkan haruslah dikemukakan kepada Bahagian Penilaian.
APA YANG HARUS DITUNJUK
· Mesej pada iklan mesti pendek dan mudah.
· Nombor permit mesti ditulis/ditunjukkan dengan jelas pada iklan. Bagi sepanduk atau banting, tarikh/hari terakhir bagi mempamerkan sepanduk atau banting juga mestilah ditulis/ditujukkan.
LOKASI IKLAN
· Lokasi di mana iklan akan ditempatkan adalah tertakluk kepada pengesahan DBKK, dan juga Jabatan Kerja Raya bagi tanda arah.
· Bagi papantanda di bangunan dan tanda arah, cadangan lokasi di mana iklan akan didirikan mesti mematuhi Undang-Undang Kecil DBKK (Pengiklanan) 1983 dan garispanduan DBKK yang diterimapakai.
· Kebenaran atau persetujuan mestilah didapati daripada pemilik atau pengurusan bangunan, struktur, atau tempat di mana iklan berkenaan akan dipamerkan. Oleh yang demikian, pihak pemilik atau pengurusan berkenaan mestilah menandatangani pada ruang yang disediakan di borang permohonan.
YURAN LESEN
· Untuk sepanduk dan banting, yuran lesen adalah bergantung kepada saiz, tempoh (jumlah hari) iklan akan dipamerkan dan jumlah sepanduk dan banting. Jadual 1 di bawah memberi kadar yang boleh dikenakan.
· Jumlah wang sebanyak RM25.00 adalah diperlukan sebagai cengkeram untuk setiap sepanduk atau banting. Wang cengkeram ini akan dibayar balik kepada pemohon selepas sepanduk atau banting ditanggalkan oleh pemohon selepas tempoh/tarikh lesen/permit pengiklanan tamat.
|
Jadual 1
|
|
YURAN LESEN SEHARI SETIAP SEPANDUK ATAU BANTING
|
|
2.0 kaki x 6 kaki = RM 0.35 2.5 kaki x 6 kaki. = RM 0.35 2.5 kaki x 8 kaki = RM 0.37 2.5 kaki x 15 kaki = RM 0.44 2.5 kaki x 16 kaki = RM 0.45 2.5 kaki x 20 kaki = RM 0.47 3.0 kaki x 16 kaki = RM 0.48
|
3.0 kaki x 18 kaki = RM 0.49 3.0 kaki x 20 kaki = RM 0.52 3.0 kaki x 28 kaki = RM 0.60 3.0 kaki x 30 kaki = RM 0.61 4.0 kaki x 28 kaki = RM 0.71 4.0 kaki x 30 kaki = RM 0.76 5.0 kaki x 30 kaki = RM 0.90
|
· Untuk papantanda di bangunan, tanda arah, papan kenyataan dan tiang iklan, yuran lesen juga bergantung kepada saiz seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah.
· Sebanyak setengah daripada jumlah wang yuran yang telah ditentukan atau tiga ratus ringgit yang mana-mana lebih kurang, tetapi tidak kurang dari RM25.00, adalah diperlukan sebagai cengkeram untuk papantanda, tanda arah, papan kenyataan atau tiang iklan. Wang cengkeram ini akan dibayar balik selepas iklan berkenaan ditanggalkan oleh pemohon selepas tempoh/tarikh lesen/permit pengiklanan tamat.
|
Jadual 2
|
|
YURAN IKLAN SETAHUN
|
|
METER PERSEGI
|
TIADA CAHAYA LAMPU
|
BERCAHAYA LAMPU
|
|
1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0
|
RM 125.00 RM 138.85 RM 152.70 RM 166.55 RM 180.40 RM 194.25 RM 208.10 RM 221.95 RM 235.58 RM 249.65
|
RM 250.00 RM 277.75 RM 305.50 RM 333.25 RM 361.00 RM 388.75 RM 416.50 RM 444.25 RM 472.00 RM 499.79
|
KEPERLUAN LAIN
· Untuk maklumat terperinci berkenaan lokasi, saiz, keperluan struktur, dll. terhadap struktur iklan, sila rujuk Rujukan Dokumen atau ikut link di bawah:-
PERTANYAAN LANJUT
· Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 088-521746.