Tarikh: 20th June 2013, Thursday
Cuaca Terkini: Mostly Cloudy,  Suhu: 27°C,  Ribut: 9.66km/h
Simbol Rasmi

 BENDERA DAN LOGO BANDARAYA KOTA KINABALU

     

Maksud warna 
 
 
 
Warna Biru Muda melambangkan kebenaran, keyakinan dan kejayaan.
 
 
Warna Biru Tua melambangkan perpaduan, keharmonian dan semangat kerjasama.
 
 
Warna Merah melambangkan keyakinan, keberanian, kecekapan, kebenaran dan keadilan.
 
 
Waran Putih melambangkan perkhidmatan yang bersih, amanah dan saksama.
 
 
Warna Kuning melambangkan kemakmuran dan Kecemerlangan.
 
 
Warna Hijau melambangkan kesegaran, perkembangan dan kemajuan.
 


MASKOT BANDARAYA KOTA KINABALU



Famili/Nama Saintifik : ARDEIDAE/EGRETTA ALBA

Burung bangau ini adalah yang terbesar (82sm-120sm) dalam kumpulan burung bangau. Bulunya berwarna putih dan kakinya pula berwarna hitam. Parunya berwarna kuning tetapi bertukar menjadi hitam semasa musim pembiakan, iaitu pada bulan April hingga bulan September.  Bangau ini sering dijumpai di sawah padi, kawasan paya dan hutan bakau Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Di Kota Kinabalu ia sering ditemui di Likas Lagoon dan di dalam semak di kawasan paya biasanya dalam koloni yang kecil. Pembinaan sarang untuk bertelur dimulai oleh bangau jantan kemudian disudahi oleh kedua-dua pasangan. Kadangkala pembinaan ini berlarutan sehingga anak burung muncul.  Makanan bangau adalah ketam, ikan dan haiwan kecil yang dapat ditangkap dalam air atau lumpur. Biasanya dilihat bersendirian atau dalam kumpulan kecil dan kerap ditemui di Semenanjung daripada Sabah dan Sarawak.


Famili/Nama Saintifik : ORCHIDACEAE/PHALAENOPSIS AMABILIS


Genus Phalaenopis diterbitkan sempena perkataan Yunani (Greek) “Phalaina” bermaksud Rama-Rama dan “Opsis” menyerupai (likeness) dengan merujuk kepada bentuk bunganya yang besar dan cantik seakan-akan menyerupai seekor rama-rama.  Phalaenopsis Amabilis (Latin “amabilis” beerti cantik molek) juga dikenali sebagai Orkid Borneo, adalah Orkid Epifit. Ia mempunyai batang yang pendek dan berdaun bujur panjang mencapai 30sm dan selebar 12sm. Tangkai bunganya boleh mencapai 80sm yang boleh menampung sehingga 20 kuntum bunga berwarna putih sebesar 8 hingga 10sm.  Species orkid ini banyak didapati di Borneo. Mudah ditanam, biak-biak, kacuk, pelihara, mudah alih dan senang dijaga tanpa memerlukan penggunaan tanah-tanih.


POKOK RASMI BANDARAYA KOTA KINABALU


Famili/Nama Botanik : CASUARINNCEAE/CASUARINA SUMATRANA atau CASUARINA 
                                 
NOBILE

Specis Casuarina mempunyai dedaun yang menghijau, cantik dan sesuai untuk dijadikan hiasan. Daunnya membentuk mahkota yang diliputi belukar dengan bayang yang malar dan bersimetri. Ianya membesar secara perlahan-lahan dan jangka hayatnya hanya boleh mencapai sehingga 70 tahun. Ianya tidak perlu dicantas atau dipotong. Adalah senang untuk memeliharanya kerana ia mempunyai ciri cabang yang sedikit. Batang pokoknya dikenali sebagai kayu keras. Pokok Sempilau Laut ini disusun secara teratur bagi lanskap di tepi jalan. Apabila pokok-pokok ini ditanam di kedua-dua tempat, banyak tempat berteduh dapat disediakan.

Casuarina ini berasal daripada famili Casuarinnceae. Manakala Casuarina Sumatrana pula berasal daripada Sumatrana Ru. Species Casuarina ini adalah berbentuk simetri dan mempunyai daun yang rimbun dan cantik berbanding dengan Casuarina Equisetifelia. Ia mempunyai ranting berbentuk jarum sepanjang 8 inci dan tidak mempunyai cabang . Ianya mempunyai diameter iaitu 12 meter sementara ketinggiannya pula adalah 16 meter.

Carian website DBKK:
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan