
Tarikh:
19th June 2013, Wednesday
Cuaca Terkini: Mostly Cloudy,
Suhu: 33°C,
Ribut: 9.66km/h
Pengenalan
MAJLIS BERSAMA JABATAN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (MBJ DBKK)
MBJ DBKK telah ditubuhkan sejak tahun 1998. Tujuan utama MBJ DBKK diwujudkan adalah sebagai satu saluran dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi DBKK.
Skop, Bidang, dan Fungsi
- Membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;
- Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat di bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;
- Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai Jabatan; dan
- Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan