Faedah dan Penyertaan dalam LA21
Faedah-Faedah LA21
Kepada Masyarakat/ Individu
-
Pendapat dan sumbangan anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup.
-
Meningkatkan rasa tanggungjawab, cinta bangga terhadap alam sekitar dan rasa sense of belonging.
-
Kualiti hidup dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang lebih bersih, selesa, nyaman dan selamat.
Kepada Sektor Swasta/ Syarikat
-
Peluang untuk memberi bantuan, sumbangan dan khidmat dalam menjayakan program yang telah dirancang bersama.
-
Imej syarikat sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap alam sekitar dan keperluan masyarakat dapat ditingkatkan.
-
Memberi peluang untuk mempromosikan produk-produk keluaran syarikat melalui tajaan ke atas aktiviti-aktiviti dalam Program LA21.
Kepada PBT/ Agensi Kerajaan
-
Meningkatkan kesefahaman, sokongan dan kerjasama, dengan masyarakat dan sektor swasta dalam program-program yang telah dirancang ataupun yang akan dilaksanakan.
-
Imej sebagai badan kerajaan yang memperaktikkan tadbir urus yang baik ataupun good governance yang bercirikan penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan,kecekapan dan kebertanggungjawaban dapat ditingkatkan.
BAGAIMANA HENDAK TERLIBAT DENGAN LA21
Hubungilah DBKK
Didiklah anak-anak anda supaya lebih menyayangi dan peka terhadap alam sekitar.
Sertailah pertubuhan yang terlibat dengan program-program alam sekitar,sosial dan ekonomi dalam kawasan anda. Di Kota Kinabalu, empat jawatankuasa kerja ditubuhkan bagi menyelaras program-program tersebut. Pengerusi jawatankuasa kerja dan alamat perhubungan pegawai penyelaras dinyatakan di bawah.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Urusetia Local Agenda 21
Tel : 088-244000
Faks : 088-265104