Tarikh: 25th May 2013, Saturday
Cuaca Terkini: Mostly Cloudy,  Suhu: 31°C,  Ribut: 3.22km/h
Fungsi/Objektif

FUNGSI JABATAN

Penilaian

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diperuntukkan di bawah Seksyen 56, Bahagian X Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan Seksyen 98, Ordinan Kerajaan tempatan 1961 iaitu berhubung dengan pengesahan sebarang aktiviti (transaksi, caj dsb.) ke atas hartanah berkadar.
  • Bertanggungjawab menyediakan Perintah Kadar Tahunan untuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Bertanggungjawab menambah baik kaedah, pendekatan serta standard bidang penilaian terutamanya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Bertanggungjawab mencari sumber hasil pendapatan alternatif yang wujud atas penggunaan tanah secara optimum.
  • Bertanggungjawab menyediakan maklumat hartanah berkadar kepada Natinal Property Information Centre (NAPIC) dan Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI).
 

Pentadbiran

  • Bertanggungjawab menyimpan, menyelenggara dan mengemaskini semua maklumat hartanah berkadar yang dihasilkan serta digunakan oleh Jabatan Penilaian.
  • Bertanggungjawab memastikan aktiviti kerja di Jabatan Penilaian berjalan dengan lancar.
  • Bertanggungjawab memastikan penggunaan tenaga kerja yang optimum daripada anggota perkhidmatan di Jabatan Penilaian

 

OBJEKTIF JABATAN

  • Bertanggungjawab dalam pengurusan serta mengimplementasikan senarai penilaian untuk maksud cukai kadaran.
  • Memastikan Pangkalan Data Hartanah Berkadar diselenggara dan diurus dengan efisien.
  • Untuk mendapatkan faedah ( ketara / tak ketara ) yang timbul daripada penggunaan tanah yang optimum.

 

 

 

 

 

Carian website DBKK:
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan