PENGENALAN
JABATAN PENILAIAN
Jabatan Penilaian telah diwujudkan di MPKK sejak tahun 1985 lagi dan diterajui oleh Jurunilainya yang pertama iaitu Encik Ronnie Lim, sehinggalah pada 20 Jun 1991. Encik Lim kini telah berhijrah ke Australia.
Pada ketika MPKK dinaik taraf ke Dewan Bandaraya pada 2 Februari 2000, Bahagian ini telah diletakkan dibawah pengendalian Jabatan Kewangan dan Belanjawan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Memandangkan penambahan tanggung-jawab, iaitu dari segi volume dan skop kerja / tugasan, Bahagian Penilaian telah dipisahkan dari Jabatan Kewangan dan Belanjawan dan dinaik taraf menjadi sebuah Jabatan berkuatkuasa dari 1 November 2003.
Jabatan Penilaian kini diketuai oleh Encik Lifred Wong selaku Pengarah Penilaian dengan jentera kerja seramai 30 orang anggota perkhidmatan dan terbahagi kepada 4 Bahagian iaitu :-
* Bahagian Penilaian Hartanah Hartanah Kerajaan, Komersil, Hartanah Khas (Loji & Jentera) & Pengurusan Data (Spatial & Non-Spatial) Hartanah Berkadar
* Bahagian Penilaian Hartanah Perumahan, Pengesahan Hartanah, Polisi Jabatan, Bajet & Perintah Kadar
* Bahagian Penilaian Hartanah Leisure, Perindustrian, Tanah Kosong
* Bahagian Pentadbiran